Polis menahan seorang individu yang disyaki menyebarkan berita palsu mengenai banjir, empat hari lepas.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata individu itu ditahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Selain itu, 21 daripada 22 individu yang diminta tampil membantu siasatan penyebaran berita palsu mengenai bencana banjir juga telah hadir memberi keterangan.
"Kesemua individu terbabit memberi keterangan di pejabat SKMM di Cyberjaya, Pejabat Wilayah SKMM dan balai polis. Mereka mula tampil secara berperingkat bermula pada 29 Dis 2014 hingga ke hari ini.
"Semua kes akan diperkemas dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," kata SKMM dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, seorang lagi individu akan memberi keterangan pada pertengahan bulan ini.
Suruhanjaya itu turut menasihatkan masyarakat agar tidak bertindak dengan emosi dan menyebarkan berita yang belum dipastikan kesahihannya, atau memapar semula berita tanpa usul periksa.
SKMM sebelum ini menyiarkan senarai nama 22 individu untuk hadir membantu siasatan berhubung penyebaran berita palsu mengenai bencana banjir yang melanda negeri-negeri di pantai timur.
Bernama
Sat Jan 10 2015
Individu-individu tersebut telah tampil untuk memberi keterangan di pejabat MCMC di Cyberjaya, Pejabat Wilayah MCMC dan balai polis. -Gambar fail
Malaysia berdepan 30,000 kekurangan jurutera, perlu tampung dengan TVET - PM
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.
Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT
Bengkel itu dijangka dilaksanakan seminggu dua lagi supaya kerja-kerja melibatkan projek infrastruktur transformatif dapat dijalankan.
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.