MALAYSIA

"Berita palsu lagi!" - Dr Noor Hisham

Astro Awani 17/01/2021 | 10:56 MYT
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan foto tular di media sosial kononnya jangkitan COVID-19 hari ini adalah 5,122 kes. - Gambar Twitter Dr Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR:Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan foto tular di media sosial kononnya jangkitan COVID-19 hari ini adalah 5,122 kes.

Menerusi ciapan di Twitter pada Ahad, beliau sifatkan foto tersebut sebagai berita palsu.

"Menentang virus SARS-CoV-2 (COVID-19) dan penularan berita palsu di media sosial. Berita palsu lagi!" memetik Tweet tersebut.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#COVID-19 #berita palsu #Dr Noor Hisham Abdullah #Ketua Pengarah Kesihatan #Kementerian Kesihatan #media sosial #berita palsu lagi