KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan kesahihan poster berhubung 'Bantuan Warga Emas one-off sehingga RM500' seperti yang sedang tular dalam media sosial.
JKM, melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) hari ini menegaskan bahawa poster tular itu adalah palsu.
Orang ramai disaran merujuk laman sesawang JKM menerusi www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.
Orang ramai juga dinasihat agar tidak mudah mempercayai maklumat palsu sebaliknya menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab dengan membuat semakan terlebih dahulu dan merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 13 2022

Orang ramai disaran merujuk laman sesawang JKM menerusi www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. - Foto Facebook JKM

Kes Hilang | Kanak-kanak ditemukan selamat selepas lapan hari
Selepas lapan hari dilaporkan hilang, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan selamat dalam lubang saliran perparitan di Oldenburg, Jerman. Dia diselamatkan pasukan kecemasan selepas menerima laporan orang awam yang terdengar tangisan mangsa.

Bangunan Runtuh | Tiga maut bangunan empat tingkat runtuh
Pihak berkuasa India mengesahkan setakat ini sekurang-kurangnya tiga individu terkorban, manakala 11 yang lain cedera dalam runtuhan bangunan kediaman empat tingkat di Mumbai pada lewat malam Isnin. Pasukan penyelamat ketika ini juga dilaporkan sedang giat mencari empat individu yang masih terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

Dikhianati | Johnny Depp tolak watak Captain Jack Sparrow
Bintang Hollywood, Johnny Depp tidak akan kembali melakonkan watak Captain Jack Sparrow dalam Francais filem Pirates Of The Caribbean. Perkara itu disahkan wakil pelakon berkenaan dan dipetik berkata 'perkara itu tidak benar'.

Letupan Gas klorin | 13 maut, 250 cedera
Sekurang-kurangnya 13 maut, manakala lebih 250 yang lain cedera akibat letupan gas klorin di Pelabuhan Aqaba, Jordan pada Isnin. Antara cedera termasuk empat warga negara China dan seorang warga Vietnam. Insiden berlaku selepas sebuah tangki terjatuh dari kren, sekaligus mengakibatkan letupan dan mengeluarkan asap kuning.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka berdepan kekurangan bekalan minyak
Kegawatan ekonomi di Sri Lanka berterusan dengan negara itu kini dihimpit dengan krisis kekurangan bekalan minyak. Galle, salah satu bandar yang terkesan menyaksikan orang ramai terpaksa beratur panjang, malah hampir berjam bagi mendapatkan bahan bakar itu.

Lawatan Kerja | Menteri Luar Australia melawat Astro AWANI
Astro AWANI pada Selasa menerima kunjungan Menteri Luar Australia Senator Penny Wong di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil. Ketibaan beliau dan delegasi pada pukul enam petang disambut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan dan ketua pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail disertai tenaga kerja Astro AWANI yang lain.

WUF11: Pendekatan pembiayaan perumahan perlu dikaji semula
Semua negara digesa memberi perhatian terhadap kajian semula pendekatan membabitkan pembiayaan perumahan dalam usaha memastikan keperluan kediaman dapat diselesaikan.

WUF11 | Isu SDG, agenda perbandaran baharu tumpuan hari ke-3
Isu matlamat pembangunan mampan (SDG) dan agenda perbandaran baharu antara topik yang menjadi tumpuan di hari ketiga penganjuran World Urban Forum Ke 11 di Katowice, Poland. Kita terus sahaja bersama rakan setugas yang membuat liputan di sana.. Teruskan Dzulfitri Yusop.

Kebakaran | 18 penghuni sebuah rumah terselamat
Seramai 18 penghuni nyaris rentung apabila terperangkap dalam sebuah rumah terbakar di Taman Sri Taman, Jalan Sultanah, Alor Setar pada Selasa. Mereka bagaimanapun sempat diselamatkan orang awam dan pasukan bomba dalam kejadian jam 5.45 petang itu.

WUF11: Perkongsian komitmen dan pengalaman Malaysia di sesi Meja Bulat Peringkat Menteri
Sesi meja bulat ini turut disertai Menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan dari 24 buah negara di seluruh dunia.

MCMC terima 3,285 aduan berita palsu antara 2020 hingga 31 Mei 2022
Terdapat peningkatan aduan berita palsu berkaitan COVID-19 pada Mac 2020 namun MCMC mendapati trendnya semakin menurun menjelang 2021.

Sebenarnya.my antara usaha kerajaan tangani maklumat dan berita palsu - Annuar Musa
Sebenarnya.my ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 2017 sebagai laman web semakan fakta yang dikendalikan SKMM.

Media, dunia kewartawanan perlu lalui cabaran transformasi maklumat - Penganalisis
Media sosial kini menjadi satu instrumen komunikasi dan informasi yang kian mendapat tempat dalam dunia maklumat hari ini.

Twitter umum dasar baharu elak penyebaran maklumat salah ketika krisis
Twitter pada Khamis mengumumkan dasar global baharu untuk menangani penyebaran maklumat yang salah atau tidak benar semasa situasi krisis.

KKM tidak pernah perakui produk, makanan boleh ganti ubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah memperaku mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah.

Berita palsu tular: JKM nafi poster 'bantuan warga emas one-off sehingga RM500'
Orang ramai disaran merujuk laman sesawang JKM menerusi www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

Insiden penyelam hilang di Mersing: Tindakan tegas jika sebar berita palsu
Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan insiden penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong, Sanggol, Mersing sejak Rabu lalu.

Berita palsu: Liyana Razali dicari polis Perak, orang ramai diminta salur maklumat
Pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak polis bagi mengesan penama tersebut untuk hadir ke mahkamah, namun Liyana gagal dihubungi dan ditemui.

KKMM terima banyak aduan berita palsu PRN Johor - Annuar
Annuar berkata pihaknya akan memantau perkara berkenaan namun buat masa ini keadaan masih terkawal.

Kes kematian tular di Taiping, bukan disebabkan COVID-19
Kes kematian seorang lelaki di hadapan sebuah kedai makan di sini, yang tular di media sosial, bukan disebabkan COVID-19.