Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Khairunnisa Kasnoon
November 15, 2020 16:43 MYT
November 15, 2020 16:43 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 15 November 2020.
Kegembiraan membuat persiapan sambutan Hari Deepavali bertukar tragedi bagi satu keluarga di Taman Cempaka Kampung Koh, Sitiawan, apabila seorang kanak-kanak lelaki maut selepas tertikam pisau oleh sepupunya dalam satu insiden Jumaat lepas.
Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing hari ini memohon maaf atas keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Fenomena air pasang besar yang melanda di pesisir pantai Negeri Selangor dilaporkan naik melebihi daripada paras yang dijangka dengan bacaan 5.6 meter.
Seorang kontraktor ditahan reman seminggu kerana disyaki mencabul tiga anak tirinya di sebuah rumah di Bandar Baru Selayang, Selangor.
Kerajaan negeri Kedah akan menyalurkan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam di negeri itu manakala petugas barisan hadapan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah akan menerima sumbangan ‘one-off’ sebanyak RM200.
Seorang pengganggur mengaku bersalah atas pertuduhan meliwat kawannya berusia 15 tahun di hadapan hakim V. M Mabel Sheela di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa melakukan perbuatan itu pada Ahad lalu.
Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu telah menjadi perbualan ramai pihak.
Gagal mematuhi penjarakan fizikal adalah antara kesalahan tertinggi yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.
Berikut merupakan tumpuan utama kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 15 November:
Polis Pulau Pinang sedang menjejaki seorang lelaki dipercayai pesakit COVID-19 yang melarikan diri daripada Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.
Sebanyak 2,562 kes demam denggi dengan lapan kematian direkodkan di Melaka dalam tempoh 1 Januari hingga 10 November lepas, kata Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman.
#berita pilihan
#berita tempatan
#Astro Awani
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#KKM
#ismail sabri yaakob
#Tengku Zafrul