Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 7, 2021 15:58 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 7 Jun 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 7 Jun 2021.
1. Majoriti kes baharu dan kematian akibat kes sporadik, varian baharu jadi punca - Dr Noor Hisham
Berdasarkan analisis, daripada jumlah kumulatif kes baharu COVID-19 pada Minggu Epidemiologi ke-13 bermula 28 Mac hingga 3 April, sebanyak 8,968 kes (52 peratus) adalah kes sporadik.
2. Sidang Parlimen hibrid buka perspektif baharu - Rais Yatim
Menurut Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, sekiranya persidangan hibrid ini diterima dan diperkenankan oleh Kabinet dan Yang di-Pertuan Agong, suatu proses inovatif akan muncul.
3. Rentas negeri, ziarah raya punca kluster terbesar daerah Hulu Terengganu
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu berkata pada mulanya 19 individu daripada dua keluarga dikesan positif namun penularan terus berlaku hingga menjangkiti rakan sekerja dan jemaah masjid.,
4. "Dahulu beliau mandikan jenazah pesakit COVID-19, kini jenazah beliau pula dimandikan" - Zulkifli
Perkongsian Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkaitan seorang kakitangan yang berkhidmat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan yang meninggal dunia akibat COVID-19.
5. Perangi antivaksin, dapatkan pempengaruh galakkan vaksinasi - Pakar psikologi
Kajian menunjukkan mereka yang percaya kepada berita palsu dalam talian lebih cenderung dipujuk pempengaruh daripada pakar, bermaksud kita perlukan pempengaruh untuk membawa bukti saintifik.
6. COVID-19: 5,271 kes baharu, 82 kematian direkodkan
Malaysia melaporkan sebanyak 5,271 kes baharu COVID-19 bagi tempoh 24 jam lalu yang menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 622,086 kes.
7. Proklamasi Darurat: YDP Agong dijangka bertemu ketua, penasihat parti politik - Sumber
Beberapa siri mesyuarat membabitkan pemimpin parti politik dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah didakwa sedang dalam perancangan dan bakal berlangsung selama beberapa hari bermula 9 Jun ini.
8. Tidak kemas kini MySejahtera bukan kesalahan - Ismail Sabri
Tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera bukan menjadi kesalahan seperti yang disalah anggap sesetengah pihak, tegas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
9. COVID-19: 23 kluster baharu merangkumi tempat kerja, komuniti dan kumpulan risiko tinggi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkon sebanyak 23 kluster baharu yang terdiri daripada kluster tempat kerja, komuniti, dan kumpulan berisiko tinggi.
10. Vaksinasi COVID-19 di pedalaman: Bukan mudah, barisan hadapan terus tabah
Usaha pemberian vaksin kepada penduduk di pedalaman sememangnya mencabar, terutama di kawasan yang tidak boleh dilalui kenderaan beroda.
Kekangan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat petugas barisan hadapan, terutama pasukan perubatan antaranya terdiri daripada doktor dan jururawat.
#rentas negeri #COVID-19 #Astro Awani #antivaksin #berita palsu #berita pilihan #berita tempatan