Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 24, 2021 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Jun 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Jun 2021.
1. COVID-19: Parlimen cukup kelengkapan, sedia bersidang secara hibrid
Parlimen mempunyai kelengkapan mencukupi untuk melaksanakan sidang Dewan Rakyat secara hibrid pada bila-bila masa, jika perlu, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
2. 'Ada masa saya tiada beras, terpaksa meminta kepada yang ada' - Ibu tunggal M40
Setelah hilang pekerjaan, kehidupan Siti Suzanne berubah daripada seorang yang berkerjaya dalam golongan M40 kepada golongan susah di bawah kategori B40.
3. Keadaan mendesak dorong penduduk bersekongkol dengan sindiket rokok haram - Akhbar Satar
Terdesak semasa PKP menyebabkan ada penduduk tempatan yang sanggup bersekongkol dengan sindiket penyeludupan rokok haram, kata Datuk Seri Akhbar Satar.
4. ADUN Galas tulis buku dengan mesej, COVID-19 itu benar
Mohd Syahbuddin Hashim jadi bekas pesakit COVID-19 pertama mendokumentasi kisahnya selama 15 hari dijangkiti virus itu, dalam bukunya Daku YB COVID-19.
5. Dua saksi kes rogol babitkan ADUN Tronoh akan beri keterangan secara tertutup
Dua saksi termasuk mangsa kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong, akan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini secara tertutup, mengikut Akta Perlindungan Saksi 2009.
6. Dakwaan saya cuba jadi PM adalah palsu, tidak bertanggungjawab - Hishammuddin
Tindakan sesetengah pihak yang menularkan sepucuk surat kononnya Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri seterusnya, adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.
7. Pengurus syarikat direman, bantu siasatan kes rasuah RM60 juta libatkan sebuah kementerian
Seorang pengurus syarikat direman empat hari sehingga 27 Jun ini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah bagi mendapatkan kontrak bernilai RM60 juta di sebuah kementerian.
8. Ikat perut makan sehari sekali, kutip sayur tepi jalan
Hanya makan bubur sehari sekali dan kutip sayur-sayur di tepi jalan. Itu rutin yang dilalui seorang ibu tunggal di sini sejak dua tahun lalu selepas hilang pekerjaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
9. COVID-19: 5,841 kes baharu, 84 lagi kematian direkodkan
Kes harian COVID-19 menunjukkan peningkatan hari ini, dengan 5,841 lagi kes baharu dicatat dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes kumulatif kepada 716,847 kes.
10. COVID-19: PM akan umum bantuan berskala besar - KJ
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan pakej bantuan COVID-19 dalam skala besar.
#berita pilihan #berita tumpuan #berita tempatan #berita Malaysia #Astro Awani #COVID-19 #Perdana Menteri