Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 13, 2021 15:59 MYT
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Ogos 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Ogos 2021.
1. 4 anggota TUDM maut dalam insiden tembakan kem Kota Samarahan
Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 7.15 pagi Jumaat di Balai Pengawal Handau Skuandron 330 TUDM, Kota Samarahan.
2. Majlis Presiden PH ajak ahli Parlimen duduk semeja sokong Anwar sebagai PM
Majlis Presiden Pakatan Harapan sekali lagi mengulangi pendirian untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.
3. Vaksin COVID-19: Suntikan untuk remaja 12 hingga 17 tahun akan dimulakan - Khairy
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan memulakan proses vaksinasi kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun.
4. Negara perlukan kepimpinan baru yang tegas dan berani untuk tangani COVID-19, ekonomi - Anwar
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sebuah kerajaan baharu yang mempunyai barisan kepimpinan yang tegas dan berani dapat ditubuhkan bagi menangani pandemik COVID-19 dan ekonomi negara.
5. COVID-19: 21,468 kes baharu, Selangor masih tertinggi
Kes harian COVID-19 dalam negara merekodkan 21,468 kes dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu kini mencecah 1,363,683 jangkitan di Malaysia.
6. "Tidak perlu pengampunan jika tidak bersalah" - Najib Razak
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan ada berhubung dengan Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) mengenai petisyen memohon Pengampunan Diraja ke Istana Negara pagi tadi.
7. Insiden tembakan TUDM: Polis klasifikasikan sebagai kes bunuh
Polis Sarawak mengklasifikasikan insiden tembakan melibatkan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kem Skuadron 330 TUDM di Kota Samarahan, sebagai kes bunuh.
8. Kerjasama rentas parti untuk kestabilan sebelum PRU15
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berunding dengan pemimpin parti pembangkang untuk membolehkan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat akan diluluskan.
9. Bila jangkaan PRU15? Ini bayangan PM...
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedar adalah wajar untuk mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.
10. PH tolak 7 tawaran Muhyiddin, yakin boleh beri lebih baik kepada rakyat
Majlis Presiden Pakatan Haraoan (PH) yakin mereka mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik untuk menangani pandemik COVID-19, menghidupkan semula ekonomi dan menyelamatkan rakyat.
#berita pilihan #berita tumpuan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI #Perdana Menteri #Muhyiddin Yassin #Perikatan Nasional #Pakatan Harapan #Parlimen