Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 22, 2021 15:59 MYT
September 22, 2021 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 September 2021.
Peruntukan RM1 juta telah diluluskan bagi melaksanakan kerja-kerja pengukuhan dan penstabilan tebing Sungai Kemensah serta lain-lain kerja yang berkaitan, susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Height, Jumaat lepas.
Kerajaan Sabah berjaya menarik beberapa pelaburan dalam sektor pembuatan dan pelancongan di negeri itu dengan nilai RM11.2 bilion walaupun negara berdepan pandemik COVID-19.
Tengku Razaleigh Hamzah meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Jemaah Penasihat UMNO susulan kecewa dengan parti itu yang memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.
Dua pemancing yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing di Jeti Mados Kampung Air Putih di sini, pada semalam ditemukan lemas hari ini.
Sejumlah 14,990 kes positif COVID-19 seluruh negara dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif kepada 2,142,924 kes.
Kementerian Pendidikan (KPM) akan meyediakan kit ujian kendiri (test kit) di semua sekolah termasuk kit ujian berasaskan air liur di sekolah asrama penuh secara percuma apabila sesi persekolahan mula kembali dibuka nanti.
Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi tiga buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh KKM.
Polis telah membuka kertas inkuiri mengenai kehilangan barang kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berjumlah AS$6 juta.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dan kecewa apabila hanya 203 daripada 873 orang guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), Ahli Jawatankuasa Masjid serta Jurunikah di Selangor hadir ke Program Vaksinasi Khas COVID-19 Frontliner Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) anjuran jabatan itu hari ini.