Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 6, 2021 15:59 MYT
Berikut berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Oktober 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Oktober 2021.
1. [LAPOR LANGSUNG] Melaka bergolak: Perlukah darurat diisytihar?
PRN Melaka terpaksa diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri berkenaan pada Isnin.
2. Kerajaan belum putuskan kebenaran rentas negeri - Hishammuddin
Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan bagi memberi kebenaran untuk rentas negeri dilakukan memandangkan kadar capaian vaksinasi semasa ketika ini.
3. Parlimen: Speaker tolak usul bahas isu Pandora Papers
Dewan Rakyat hari ini menolak usul untuk membahaskan isu Pandora Papers yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Isnin lalu.
4. Azizulhasni 'mitok adik, kakok, abang, pokcik... ' segera ambil vaksin COVID-19
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengajak orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 untuk menikmati lebih banyak kebebasan dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).
5. COVID-19: 9,380 kes baharu, Sarawak kekal tertinggi
Sejumlah 9,380 kes positif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah kumulatif kepada 2,303,837 kes.
6. 200,000 etnik Rohingya di Malaysia, tertinggi di Asia Tenggara - Menteri Luar
Jumlah pelarian Rohingya di Malaysia pada masa ini adalah sekitar 200,000, iaitu angka terbesar di Asia Tenggara, kata Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
7. "Ini kelas membacakan? Semua datang membaca" - Hannah tegur Timbalan Menteri
Selepas situasi tegang berlaku pada sesi Penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, nampaknya keadaan sama berlanjutan sehingga kepada waktu penggulungan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
8. Rosmah menangis semasa beri keterangan, kata pendakwaan ke atasnya zalim
Datin Seri Rosmah Mansor tidak dapat menahan emosi dan menangis di Mahkamah Tinggi di sini ketika memberi keterangan dan menyifatkan pendakwaan atas pertuduhan rasuah adalah perbuatan zalim dan kejam terhadap dirinya dan keluarga.
9. Politik Melaka: Pas kesal pembubaran DUN, sedia hadapi PRN - Hadi Awang
Pas melahirkan kekesalan atas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka secara luar jangka dalam tempoh pemulihan pandemik COVID-19.
10. Politik Melaka: Boleh isytihar darurat tangguh PRN - Pakar Perlembagaan
Proklamasi darurat boleh diisytiharkan di seluruh Melaka bertujuan untuk menangguhkan pilihan raya negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) jika terdapat kebimbangan terhadap jangkitan pandemik COVID-19 negeri atau di seluruh negara.
#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI