awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
India, Malaysia akan bincang semakan perjanjian perdagangan semasa lawatan Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Speaker tolak usul bahas isu Pandora Papers

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/10/2021
04:39 MYT
Parlimen: Speaker tolak usul bahas isu Pandora Papers
Azhar Azizan Harun ketika menjelaskan alasan penolakan itu meminta Ahli Parlimen Port Dickson itu mengemukakan dalam prosedur lain. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul untuk membahaskan isu Pandora Papers yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Isnin lalu.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika menjelaskan alasan penolakan itu meminta Ahli Parlimen Port Dickson itu mengemukakan dalam prosedur lain seperti soalan menteri, soal jawab lisan, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Walaupun mengakui perkara itu penting dan perlu disiasat namun beliau berpendapat tidak ada keperluan untuk usul itu disegerakan buat masa ini.
Beliau memberitahu, dalam memutuskan sama ada untuk membenarkan atau sebaliknya, beliau perlu mempertimbangkan tiga elemen.
"Pertama ianya berkepentingan awam, kedua ianya hendaklah disegerakan dan ketiga ianya mengenai sesuatu perkara tertentu.
"Saya bersetuju dengan Yang Berhormat (Anwar) bahawa perkara itu adalah sesuatu perkara yang tertentu dan kedua ianya ada kepentingan awam. Saya juga mendapati perkara itu adalah perkara penting dan perlu disiasat, tetapi masalahnya, saya mendapati perkara itu tidak perlu disegerakan dan perlu mendahulukan aturan urusan mesyuarat.
"Oleh itu saya terpaksa menolak usul Yang Berhormat," katanya di Dewan Rakyat di sini selepas Anwar mencelah membangkitkan isu tersebut sebelum sesi usul menteri bermula.
Speaker tetap pertahankan keputusan tak bahas Pandora Papers
BACA: Pandora Papers: Ini apa yang kita tahu setakat ini
BACA: Anwar kemuka usul bahas isu 'Pandora Papers' di Dewan Rakyat
Dalam pada itu, Azhar Azizan menjelaskan Pandora Papers adalah laporan-laporan akhbar yang didasarkan kepada pembocoran maklumat daripada beberapa agensi.
Katanya, mengikut dalam Peraturan 23(1), sesuatu pertanyaan yang ditanya oleh seseorang Ahli Majlis (Ahli Dewan Rakyat) tidak boleh dikeluarkan berkenaan betul atau tidaknya penerangan dalam surat khabar.
"Sekiranya saya baca bersama Peraturan 18(7) itu pun satu kekangan peraturan yang saya ada.
"Saya akui perkara ini tetapi saya ada kekangan peraturan Yang Berhormat. Jadi saya syorkan Yang Berhormat mengambil prosedur-prosedur yang lain," ujarnya.
Penjelasan itu bagaimanapun mencetus ketidakpuasan dalam kalangan blok pembangkang termasuk Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu) dan R Sivarasa (PH-Sungai Buloh).
Dalam pada itu, sebagai reaksi kepada kenyataan Azhar Azizan, Anwar memberitahu:
"(Usul) kebakaran (Bandar Kuching yang dibawakan sebelum ini) penting, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), COVID-19 penting, wang RM1 trilion yang keluar daripada negara itu lagi penting daripada semua ini. Saya setuju dengan Speaker bawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
"Prinsipnya di sini, biar rakyat tahu negara tahu, seluruh Parlimen bertindak menentang," katanya.
Katanya lagi, beliau akan mengemukakan notis untuk membuat usul supaya Speaker mengkaji semula perkara itu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Pandora Papers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan