ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 Mac 2026.
1.Pengasuh didakwa bunuh bayi empat bulan
Advertisement
Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia empat bulan pada 9 Mac lalu.
2.Sabotaj kestabilan negara: 14 individu lagi akan diambil keterangan
Polis Diraja Malaysia akan memanggil 14 individu lagi untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan sabotaj terhadap kestabilan negara membabitkan individu berpengaruh dan media asing.
3. Lelaki pijak al-Quran dipenjara sembilan bulan
Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan terhadap seorang lelaki yang mengaku memijak al-Quran, bulan lepas.
4. Tindakan gari Zamri Vinoth ikut undang-undang - KPN
Beliau menjelaskan bahawa tindakan membawa pendakwah bebas itu dalam keadaan bergari dilaksana mengikut prosedur serta lunas undang-undang.
5. Bersatu Negeri Sembilan sahkan Chegubard dipecat
Pemecatan itu berkuat kuasa semalam melalui surat dikeluarkan lembaga disiplin Bersatu.
6. Ikhtiar damai cermin kematangan rakyat, perkukuh perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan usaha perdamaian yang digerakkan badan bukan kerajaan (NGO) mewakili komuniti Melayu dan India sebagai cerminan kematangan rakyat dalam memilih jalan damai serta menolak perpecahan.
7. Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu
Umat Islam di Malaysia akan menyambut tarikh 1 Syawal 1447H sekali gus Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026.
8. 15 Julai ditetapkan pendengaran permohonan kebenaran merayu keluarga Altantuya
Mahkamah Persekutuan menetapkan 15 Julai depan untuk mendengar permohonan difailkan oleh keluarga warga Mongolia, mendiang Altantuya Shaaribuu, bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam saman sivil berhubung kematian model itu pada 2006.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan yang terus komited menjalankan amanah serta tanggungjawab ketika sambutan Aidilfitri.
10. Indeks Kebahagiaan Malaysia meningkat kepada 81 peratus - Ipsos
Indeks Kebahagiaan Malaysia meningkat kepada 81 peratus pada tahun ini berbanding 76 peratus pada tahun lepas, sekali gus mencerminkan kepositifan yang lebih kukuh dalam kalangan rakyat di sebalik ketidaktentuan global.