Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 25, 2022 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 November 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 November 2022.
1. GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hari ini Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini secara rasmi menyertai Kerajaan Perpaduan.
2. Pas akur keputusan YDP Agong, sedia bincang sertai kerajaan perpaduan
Pas akan membincangkan bersama rakan komponen Perikatan Nasional (PN) berhubung tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai kerajaan perpaduan.
3. Johor umum cuti peristiwa 27 Nov sempena kejayaan JDT ke final
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan mengisytiharkan Ahad, 27 November sebagai cuti peristiwa untuk negeri itu.
4. PM usul gaji anggota kabinet dikurangkan, saiz diperkecil
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengusulkan agar gaji anggota kabinetnya akan dikurangkan, namun ia perlu dipersetujui melalui perbincangan terlebih dahulu.
5. Pasca PRU15: PN kekal pendirian tak sertai kerajaan, main peranan pembangkang berwibawa - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) kekal dengan pendirian untuk tidak menyertai kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH), walaupun selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempelawa gabungan itu menyertai pentadbirannya.
6. Mahkamah benar permohonan Tommy Thomas batal saman Najib
Bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan saman yang difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya atas pertuduhan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
7. Nilai ringgit terus naik berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan momentum positifnya pagi ini, meningkat sebanyak 0.38 peratus berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga, sekali gus mencerminkan sentimen menggalakkan selepas kemelut politik semasa di dalam negara selesai.
8. Pasca PRU15: Jangan bangga digelar 'kingmaker', hadapi realiti ditolak rakyat - Shahril
Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan menegaskan, parti itu perlu menerima hakikat dan menghadapi realiti ditolak rakyat didalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dengan hanya memenangi 20 kerusi Parlimen sahaja di Semenanjung.
9. Berhenti sebar berita bukan-bukan mengenai Nad Zainal - Ungku Ismail
Pelakon terkenal, Ungku Ismail memohon orang ramai menghentikan perkongsian dakwaan tidak tepat mengenai keadaan terkini sahabatnya, Nad Zainal.
10. Piala Malaysia: Sultan mahu penyokong Selangor FC jaga tingkah laku, elak provokasi
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan penyokong Selangor FC agar menjaga tatatertib dan tingkah laku ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 antara pasukan itu dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #berita dalam negara #Berita AWANI