Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 17, 2023 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 April 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 April 2023.
1. Rumah tangga Zulin Aziz berantakan?
Pelakon dan pengacara terkenal, Zulin Aziz mengejutkan peminat dan pengikutnya di akaun Instagram dengan berkongsi hantaran mengenai status rumah tangganya.
2. Tular tumbuk pemandu, seorang lelaki ditahan
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan atas dakwaan menumbuk seorang pemandu berdekatan lampu isyarat Jalan Patau-Patau pada 12 April lalu.
3. SPRM geledah pejabat, kediaman Sivakumar
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat dan kediaman Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar pada Ahad bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.
4. Sivakumar nafi kediaman digeledah SPRM
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar hari ini menafikan laporan bahawa pejabat dan kediaman beliau digeledah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam (Ahad).
5. Tiket kapal terbang: Macam nak beli KFC tapi pergi McDonald's - Loke sindir Ka Siong
Menurutnya, sebagai bekas Menteri Pengangkutan, Ka Siong sepatutnya tahu setiap syarikat penerbangan ada aplikasi masing-masing, bukannya hanya ada aplikasi AirAsia seperti digunakan beliau.
6. Wanita tanggal baju kurung, tudung di kelab komedi didenda RM8,000
Siti Nuramira Abdullah, 27, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pilihan, semasa perbicaraan kes di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.
7. Syarikat barang kemas Lubnan saman semula Rosmah RM67.5 juta
Lubnan Global Royalty Trading dari Beirut, Lubnan memfailkan saman AS$14.57 juta atau RM67.46 juta terhadap isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
8. Pasukan Petugas 1MDB fokus rungkai perjanjian dengan Goldman Sachs - Anwar
Berdasarkan maklumat awal, pasukan khas diketuai Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani itu berpendapat perjanjian bersama Goldman Sachs harus dirungkai semula.
9. Wisma Putra aktifkan 'Operasi Sudan' bersama agensi kerajaan
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan pada Isnin berkata, operasi itu turut disertai beberapa agensi kerajaan lain bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di Sudan terpelihara.
10. Pasukan Petugas 1MDB fokus rungkai perjanjian dengan Goldman Sachs - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata berdasarkan maklumat awal, pasukan khas diketuai Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani itu berpendapat perjanjian bersama Goldman Sachs harus dirungkai semula.
#berita tempatan #berita pilihan #berita dalam negeri #Berita AWANI