MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 17/05/2023 | 15:50 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Mei 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Mei 2023.

1. Mengikut deklarasi aset SPRM, Anwar yang tidak isytihar harta - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan berkenaan pengisytiharan pendapatan dan harta.


2. 99 kawasan di Klang, Shah Alam, Kuala Selangor alami gangguan bekalan air Isnin ini

Sebanyak 99 kawasan di wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula Isnin depan.


3. Bilik pencawang TNB di Mid Valley terbakar - Bomba

Orang ramai yang berada di Mid Valley Megamall digemparkan dengan kejadian kebakaran di pusat membeli-belah tersebut, pada Rabu.


4. Menteri Pendidikan nafi keputusan SPM 2022 diumum 25 Mei

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menafikan sebuah poster tular kononnya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan diumumkan awal.


5. Pencapaian terburuk kontinjen Malaysia dalam sejarah Sukan SEA

Kontinjen Malaysia sekali lagi mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini pada edisi 2023 di Kemboja, malam tadi.


6. Isu kalimah Allah: Titah Raja-Raja Melayu perlu dijunjung - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal dengan keputusan kerajaan berhubung penarikan balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, baitullah, kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.


7. 12 lagi ditahan SPRM kemuka tuntutan palsu Penjana Kerjaya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 12 lagi individu dipercayai terlibat dalam kes tuntutan palsu membabitkan dana insentif Program Penjana Kerjaya di seluruh negara melibatkan nilai keseluruhan RM63 juta.


8. Pengasas pusat tahfiz dua isteri didakwa lakukan amang seksual terhadap tiga pelajar lelaki

Dia berhadapan lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap tiga pelajar lelakinya sejak tahun lalu.


9. PRN: Sanusi sahkan DUN Kedah dibubar minggu keempat Jun

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan pada minggu keempat bulan hadapan.


10. Isu kalimah Allah: Persembah cadangan kepada Majlis Raja-Raja bukti kerajaan lindungi kesucian Islam

Keputusan untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah 'Allah' kepada Majlis Raja-Raja membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan melindungi kesucian Islam di samping memperkuatkan perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia.


#berita tempatan #berita pilihan #berita utama #berita tumpuan