Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 17, 2024 15:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Februari 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Februari 2024.
1. Beras Putih Malaysia MADANI: Kerajaan belum buat ketetapan cadangan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan, belum ada ketetapan dibuat ke atas cadangan mewujudkan Beras Putih Malaysia MADANI.
2. Kid Search bertemu jodoh dengan guru bahasa Inggeris
Selepas lebih dua tahun kehilangan isteri, pemain gitar ternama tanah air, Kid Search ditakdir kembali bertemu jodoh.
3. Dua anak Malaysia galas tugas Jurutera Bendalir F1 Mercedes-AMG Petronas
Menganalisis bahan api dan minyak pelincir dalam masa yang singkat untuk digunakan kereta lumba pasukan Formula Satu (F1) Mercedes-AMG Petronas supaya enjinnya berada pada prestasi optimum antara cabaran utama sebagai Jurutera Bendalir Litar Petronas (PTFE).
4. SPRM beri Mirzan tempoh 30 hari lagi untuk isytihar harta
Perkara tersebut disahkan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, yang berkata lanjutan itu diberikan atas permohonan Mirzan sendiri.
5. Polis temukan lima kelongsong peluru dalam kejadian berbalas tembak
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, sejumlah kelongsong itu ditemui di tempat kejadian selepas Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melakukan pemeriksaan susulan.
6. Beras Putih Madani: Kenyataan MP Bukit Gantang janggal, tidak patuhi perundangan - Ronald
Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pengumuman oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang itu tidak mematuhi peruntukan undang-undang, apatah lagi kerana ia melibatkan penguatkuasaan akta.
7. Pandelela jelas isu 'entiti' , dakwa media salah tafsir
atu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong hari ini menjelaskan isu 'entiti' dengan menyatakan bahawa kata-katanya itu telah disalah tafsir oleh media sehingga menimbulkan spekulasi dan salah faham.
8. Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM
Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) kecewa dengan tindakan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong yang menyalahkan media sebagai punca kepada kemelut yang sedang melanda dalam kem terjun negara susulan prestasi di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar.
9. 10 kawasan catat suhu panas tahap berjaga-jaga
Sepuluh kawasan di seluruh negara merekodkan suhu panas tahap berjaga-jaga sehingga 6 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
10. Perlu ada ketelusan dalam pengurusan kutipan derma - PM
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata setiap kutipan derma oleh mana-mana organisasi perlu mengikut peraturan bagi memastikan ia dapat disalurkan kepada golongan sasar yang memerlukan.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI