Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 20, 2024 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 Mac 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 Mac 2024.
1. FAM ibaratkan isu tunggakan gaji satu 'penyakit'
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin meluahkan kebimbangan mengenai kemelut kewangan yang masih membelenggu kelab-kelab Liga Malaysia (Liga-M).
2. Ceroboh masjid, dakwa suara bilal mengganggu: Wanita dirujuk ke Hospital Bahagia
Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan wanita warga emas yang menceroboh ruang solat lelaki Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri selama sebulan.
3. Kartel beras: Kerajaan tidak akan lindungi sesiapa - Mohamad
Kerajaan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu atau pihak yang terlibat sekiranya terbukti kewujudan kartel beras putih tempatan, tegas Datuk Seri Mohamad Sabu.
4. Peristiwa tengah hari 'tanpa bayang' di Putrajaya, Kuala Lumpur pada 27, 28 Mac
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kini berkongsi peristiwa ekuinoks yang akan berlaku pada minggu ini.
5. Bekas murid tahun dua gagal saman guru didakwa pukul guna penyapu hingga berdarah
Seorang bekas murid tahun dua gagal dalam samannya terhadap seorang bekas guru sekolah itu atas dakwaan memukul menggunakan penyapu sehingga berdarah dan menerima lima jahitan di kepala.
6. RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak boleh menghukum mana-mana pihak dalam kes berkenaan.
7. Stoking tertera kalimah Allah: Polis rakam keterangan lapan individu
Setakat ini 80 laporan polis telah dibuat di seluruh negara dan siasatan yang dijalankan pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) masih di peringkat awal.
8. Stoking tertera kalimah Allah: PM mahu tindakan segera dilaksana ikut undang-undang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan segera diambil mengikut undang-undang ditetapkan berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka baru-baru ini.
9. Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2023) 2024 membabitkan pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi RM23,479,669,350 daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan 2023.
10. Op Samba 2.0: 10 penjawat awam disyaki terima rasuah lebih RM3 juta direman
Seramai 10 penjawat awam termasuk seorang wanita direman selama empat hari bermula hari ini, kerana disyaki menerima rasuah lebih RM3 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI