Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 20, 2024 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
1. Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
2. Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Menoktahkan kemiskinan tegar dan isu kewarganegaraan di Sabah adalah antara inti pati utama yang dibincangkan bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
3. Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Sofia meluahkan rasa syukurnya dan ucapan tahniah buat team produksi yang terlibat.
4. Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Malaysia dan Thailand bersetuju mempertingkatkan kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan, isu pemerdagangan manusia dan penipuan pekerjaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
5. Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara pada Sabtu.
6. Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
7. Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi melalui penambahbaikan dan kewujudan baharu membabitkan inftrastruktur kegunaan rakyat.
8. Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Tabung Haji (TH) bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar untuk memperoleh maklumat terkini mengenai situasi yang berlaku di Asia Barat dalam memastikan urusan menunaikan haji tahun ini berjalan lancar.
9. Cakna kesihatan pelajar sebelum lakukan aktiviti luar kelas - Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu penting bagi mengelakkan anak-anak atau pelajar terdedah kepada sebarang risiko berbahaya khususnya ketika terlibat dalam aktiviti luar kelas.
10. Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata sindiket itu didapati menggunakan maklumat pegawai yang tertera di laman sesawang kementerian seperti jawatan, nama penuh dan nombor telefon mereka.
#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Berita AWANI