awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
03/05/2024
15:55 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mei 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mei 2024.
1. Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Orang ramai digesa sama-sama menyaksikan aksi separuh akhir yang berlangsung pada 5 petang.
2. Permohonan pembatalan kes rasuah Guan Eng, isteri dan Li Koon ditolak
Permohonan itu membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.
3. Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun dia dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
4. Indeks Kebebasan Media: Malaysia merudum 34 anak tangga, bukan lagi terbaik ASEAN
Malaysia berada di kedudukan ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF) berbanding tangga ke-73 tahun lepas.
5. Jangan politikkan isu kebajikan penjawat awam - Cuepacs
Cuepacs kecewa apabila isu kenaikan gaji penjawat awam mula dipolitikkan sehingga timbulnya idea untuk menggagalkan hasrat kerajaan itu melalui penolakan sokongan di Parlimen.
6. Majoriti waris sudah setuju pindah kubur untuk ECRL - MB Selangor
Kerajaan negeri menerusi JAIS dan pihak berkuasa tempatan ketika ini sedang menumpukan usaha mendapatkan persetujuan baki waris lain yang terlibat.
7. Tiga pegawai polis berpangkat ACP, DSP, Inspektor disyaki terlibat pemerasan ditahan
Tiga pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisoner, Deputi Superitendan dan Inspektor yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, di sini pada Jumaat.
8. Menteri Luar Malaysia akan wakili PM Anwar di Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
9. PRK KKB: Nga sedia beri kerjasama kepada SPR isu peruntukan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aduan mengenai pengumuman peruntukan berjumlah RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
10. Media perlu manfaat kebebasan bersuara, rai kemajmukan Malaysia
Pengamal media di Malaysia perlu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan sebaiknya tanpa perlu menggugat keharmonian dan menimbulkan sebarang kekacauan di negara ini.

Topic Berkaitan
#berita pilihan
#tempatan
#Piala Thomas
#pindah kubur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan