NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 April 2025.
1. Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Keluarga, ahli politik, rakyat beri penghormatan akhir
Suasana suram menyelubungi Masjid Negara hari ini dengan orang ramai mula hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia petang semalam.
2. Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Sultan Perak zahir dukacita, bendera negeri dikibar separuh tiang
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang kembali ke Rahmatullah malam tadi.
3. Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Sajak “Ku Cari Damai Abadi” tulisan Pak Lah kembali dikongsi rakyat
Sajak nukilan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi berjudul "Ku Cari Damai Abadi" kembali dikongsi rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang sebagai tanda penghormatan dan kenangan terhadap Perdana Menteri Kelima itu.
4. Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Jenazah selamat dikebumi di Makam Pahlawan
5. Kes bunuh pelajar kolej vokasional: 'Mangsa balik ke bilik selepas ditolak, ditampar'
Tertuduh ke-13 berkata dia turut mengikut Mohamad Nazmie Aizzat kembali ke bilik asrama mereka di 7 Resak.
6. Lawatan Presiden Xi papar komitmen China perkukuh hubungan dengan Malaysia, ASEAN
Lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia memaparkan komitmen Beijing dalam mengukuhkan lagi hubungan dengan ASEAN, melonjakkan kerjasama serantau selain meningkatkan hubungan dua hala negara itu dengan Putrajaya.
7. PRK Ayer Kuning: BN sasar pengundi muda dan luar kawasan
Barisan Nasional (BN) giat meraih sokongan dalam kalangan pengundi muda dan luar kawasan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, dengan pimpinan parti mengakui kadar keluar mengundi bakal menjadi faktor penentu dalam saingan yang semakin mendapat perhatian ramai.
8. Malaysia tunggu lampu hijau hantar pegawai perubatan ATM ke Myanmar - Mohamed Khaled
Malaysia sedang menunggu kelulusan kerajaan Myanmar untuk menghantar pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi melaksanakan misi kemanusiaan susulan kejadian gempa bumi yang melanda negara itu, 28 Mac lepas.
9. Siasatan semula kes kematian Teoh Beng Hock kini di peringkat akhir - Shuhaily
Siasatan semula kes kematian Teoh Beng Hock kini berada di peringkat akhir, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
10. Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersenarai dalam Program RTG 2025
Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, antara 16 atlet yang disenaraikan di bawah Program Road to Gold (RTG) bagi persiapan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028).

Terdahulu, lebih 3,000 hadirin termasuk pemimpin negara, orang kenamaan, serta orang awam menyertai solat jenazah untuk negarawan itu yang disempurnakan di Dewan Solat Utama selepas zohor.