Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 April 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 April 2026.

1.Krisis tenaga global: Kerajaan komited cari penyelesaian hadapi tekanan - Zahid

Advertisement

Kerajaan sedang berusaha sedaya upaya mencari penyelesaian bagi mengatasi tekanan impak krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.

2.Malaysia kecam serangan terhadap UNIFIL di Lubnan

Malaysia mengecam keras serangan berterusan terhadap pasukan pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang disifatkan sebagai pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.

3.Dr Ling tinggalkan legasi berkekalan dalam infrastruktur pengangkutan, logistik Malaysia

Mendiang Tun Dr Ling Liong Sik memainkan peranan penting dalam memperkukuh infrastruktur pengangkutan Malaysia, dengan meninggalkan legasi berkekalan membabitkan pelabuhan, lapangan terbang dan rangkaian logistik yang terus menyokong daya saing negara, kata pemain industri.

4.Usaha diplomasi Malaysia dalam isu Iran wajar diberi kredit – PM Anwar

Usaha kerajaan perkukuh hubungan diplomatik serta menyuarakan pendirian tegas dalam isu libatkan Iran dan Gaza wajar diberi kredit, bukan dipertikai. 

5.'Individu tidak layak masih berlegar-legar guna jawatan Ketua Pembangkang' - Muhyiddin

Presiden Bersatu itu berkata, beliau sudah menghantar surat mencadangkan pelantikan itu perlu dibuat segera, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.

6.Majlis Ekonomi Jingga akan dibentuk segera - Fahmi

Kerajaan akan menubuhkan segera Majlis Ekonomi Jingga dalam usaha merancakkan lagi industri kreatif yang dilihat berpotensi membantu pertumbuhan ekonomi ketika negara turut berdepan krisis tenaga global.

7. Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar

Malaysia perlu mengamalkan pendekatan diplomasi bijaksana dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global susulan konflik geopolitik yang menjejaskan rantaian bekalan dan harga komoditi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

8. Institusi pendidikan perlu percepat pengenalan kursus, disiplin baharu - PM

Institusi pendidikan perlu berupaya mempercepat pengenalan kursus dan disiplin baharu bagi menyediakan lebih ramai tenaga kerja mahir serta pakar tempatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

9. Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM

Ketirisan wang negara berjumlah RM15.5 bilion yang berjaya dikutip semula sebelum ini sedikit sebanyak membantu kerajaan bertahan dalam menampung subsidi untuk rakyat ketika seluruh dunia berdepan krisis tenaga global.

10. Pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi lonjak tiga kali ganda pada Mac - Armizan

Pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) meningkat tiga kali ganda pada Mac lepas, iaitu RM2.2 bilion berbanding RM700 juta sebulan sebelum ini.

Must Watch Video