MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 01/06/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Jun 2025.


1. Tekad sendiri sertai PKR, tanpa dipaksa mana-mana pihak, kata Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangannya dalam UMNO, namun mengesahkan tekadnya untuk berhijrah ke PKR.



2. TERKINI HAJI 2025: Jemaah wanita elak niat bersyarat, boleh jejas kesempurnaan ibadah

Jemaah wanita yang dalam keadaan haid tidak perlu berniat ihram secara bersyarat ketika memulakan ibadah haji sebaliknya cukup melafazkan niat haji seperti biasa bagi memastikan ibadah mereka sah di sisi syarak.


3. Konsert K-POP Big 2 Super batal, penganjur pulang wang pembelian

Konsert K-POP Big 2 Super melibatkan persembahan artis popular Korea Selatan (G)I-DLE dan BamBam yang dijadual berlangsung 14 Jun ini dibatalkan atas faktor yang tidak dapat dielakkan.


4. Tiada rombakan kabinet, menteri terlibat diberi masa muhasabah - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan mendesak untuk merombak Kabinet dalam masa terdekat ini.


5. Tengku Zafrul keluar parti, UMNO teliti implikasi Akta Anti-Lompat Parti - Azalina

UMNO telah meminta Biro Undang-Undang parti untuk meneliti implikasi Akta Anti-Lompat Parti, termasuk kedudukan seorang senator susulan tindakan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada parti Melayu itu.


6. TERKINI HAJI 2025: Arab Saudi larang jemaah haji berjalan kaki dari Mekah ke Arafah

Beberapa peraturan baharu akan dilaksanakan pada musim haji kali ini, khususnya larangan jemaah haji berjalan kaki dari Mekah ke Arafah.


7. Saya tak berminat terima jawatan tertinggi mana-mana parti - Rafizi

Mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli menyatakan tidak berhasrat dan tidak berminat untuk menerima sebarang jawatan tertinggi jika ditawarkan mana-mana parti.


8. Terbuka Singapura: Aaron Chia-Wooi Yik dinobat juara, rangkul gelaran ketiga musim ini

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura itu berakhir dalam tempoh 1 jam lima minit menerusi aksi rubber set 15-21,21-18, 21-19.


9. Peralihan Tengku Zafrul berpotensi cetus gelombang politik - Rafizi

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mengingatkan peralihan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz daripada UMNO ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpotensi mencetuskan gelombang politik yang sukar dikawal oleh Kerajaan Perpaduan.


10. Arab Saudi tawar Malaysia peluang kerjasama anjur Ekspo 2030 Riyadh

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini berkata Malaysia mendapat tawaran daripada kerajaan Arab Saudi untuk membantu dalam penganjuran Ekspo 2030 Riyadh.




#berita pilihan #berita tempatan #berita tumpuan #berita utama