MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Ogos 2025.
1. Buli kanak-kanak: Antara keadilan mangsa dan pemulihan pelaku
Antara menuntut keadilan buat mangsa dan melindungi pelaku - itulah cabaran besar yang dihadapi pengamal undang-undang apabila berdepan kes buli melibatkan kanak-kanak.
2. Tiga tahun dan tikar sejadah, Najib kongsi rasa di balik tirai besi
Genap tiga tahun berlalu sejak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan, beliau tampil meluahkan perasaannya menerusi sebuah penulisan berbentuk nukilan puitis yang dikongsikan kepada umum.
3. Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan ibarat ‘sijil lahir’ - Arkib Negara
Setiap kelahiran pastinya direkodkan dengan catatan rasmi iaitu sijil kelahiran, sebuah dokumen penting yang menjadi bukti sah kepada identiti serta permulaan perjalanan hidup seseorang sebagai anggota masyarakat dan warganegara.
4. Agong berkenan rasmi Laman Rel Mahkota Kluang
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat merasmikan Laman Rel Mahkota, yang dibangunkan di bawah jajaran Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru.
5. Dakwaan 10,000 pelajar Bangladesh dibenar bekerja di negara ini tidak benar - Zambry
Menteri Pendidikan Tinggi menafikan dakwaan kononnya 10,000 pelajar Bangladesh di Malaysia akan diberikan 'Graduate Pass' bagi membolehkan mereka bekerja di negara ini.
6. PM Anwar segan LIMA pamer kapal Malaysia uzur, gesa henti 'songlap' perolehan
Beliau berasa segan apabila Malaysia terpaksa mempamerkan kapal perang lama dari tahun 1976 dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) kerana ketiadaan aset baharu.
7. PM Anwar salur peruntukan tambahan RM200,000 untuk RXZ Members 7.0
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM200,000 bagi menyokong penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025 yang berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak, di sini selama dua hari bermula semalam.
8. Perjuangan membela Palestin tanggungjawab moral dan spiritual umat Islam - Mohd Na'im
Perjuangan membela Palestin bukan sekadar berlandaskan simpati, sebaliknya merupakan tanggungjawab moral dan spiritual umat Islam bagi menolak kezaliman daripada terus berleluasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
9. MCMC mula siasatan penyebaran video fitnah terhadap TH - Fahmi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan susulan laporan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) berikutan penyebaran beberapa video berunsur fitnah serta hasutan di laman sosial.
10. Jalan utama Putrajaya ditutup sempena sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Jalan raya di sekitar kawasan 'core island' Putrajaya akan ditutup kepada kenderaan persendirian mulai 6 petang 29 Ogos sehingga tamat perbarisan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.