[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla ke Gaza – Perjalanan kini Semakin Hampir. Ikuti perkembangan di sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 30/09/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 September 2025.


1. [LAPOR LANGSUNG] Misi Global Sumud Flotilla bakal masuk 'zon merah' dalam tempoh 28 jam

Misi GSF dijangka memasuki 'zon merah' yang sangat berisiko dipintas tentera Israel, dalam tempoh 28 jam.



2. [LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina: Perkembangan hari ke-17

Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, memasuki hari ke-17 pada Selasa dengan seorang lagi saksi pelajar tampil memberikan keterangan.


3. Kehadiran Trump perlu dilihat dalam konteks politik serantau, bukan polemik semasa - Saifuddin

Kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 perlu dilihat secara matang dalam konteks politik serantau dan bukan semata-mata dari sudut polemik semasa.


4. Isu dokumentasi FAM: Proses naturalisasi ikut Perlembagaan, tiada sebab keluh-kesah - Saifuddin

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan bahawa proses pemberian kewarganegaraan kepada pemain warisan negara dilakukan secara sah, teliti dan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang berkaitan.


5. BUDI95: Pemilik lesen dengan nombor kad pengenalan lama perlu kemas kini maklumat

Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) dengan nombor kad pengenalan lama serta pesara polis dan tentera yang masih menggunakan Lesen Memandu Pasukan, diminta mengemas kini maklumat mereka di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


6. Sidang Kemuncak ASEAN: Tolak kehadiran Trump bukan jalan penyelesaian - PMO

Menolak kehadiran Presiden Amerika, Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 pada Oktober ini, bukanlah langkah penyelesaian yang tepat.


7. Kementerian perlu tangkas urus aduan rakyat, elak tular di media sosial - KSN

Kementerian yang memberi perhatian serius terhadap aduan rakyat akan kekal relevan, manakala sikap sambil lewa dalam menanganinya boleh menjadi "barah" yang boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam.


8. Tolak kehadiran Trump bercanggah prinsip maqasid syariah - Mufti Wilayah Persekutuan

Tindakan menolak secara menyeluruh kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia dianggap bertentangan dengan dua prinsip penting dalam maqasid syariah.


9. BUDI95: RM91 juta jualan, tiga juta pengguna manfaat dalam tempoh empat hari

Hanya dalam tempoh empat hari, hampir tiga juta rakyat telah menikmati subsidi petrol melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).


10. Cadang tubuh Felo Kenegaraan, bantu rangka agenda negara bangsa - PM Anwar

Kerajaan MADANI berhasrat untuk menubuhkan Felo Kenegaraan bagi menghimpunkan tokoh dan pakar pelbagai bidang sebagai rakan strategik kerajaan untuk merangka agenda besar pembinaan negara bangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.












#berita pilihan #tempatan #BUDI95 #media sosial