MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Oktober 2025.
1. [LAPOR LANGSUNG] Delegasi Malaysia setuju pendekatan pulang segera jika dipintas
Delegasi Malaysia sepakat untuk menandatangani borang deportasi jika ditahan bagi mengelak risiko berpanjangan, dengan sokongan logistik daripada kedutaan Malaysia di Turkiye dan Mesir.
2. Kehadiran Trump ke Malaysia peluang suarakan isu kemanusiaan Gaza
Kementerian Luar Negeri menegaskan, jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur hujung bulan ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, dan bukan atas dasar hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
3. Pindaan perlembagaan pemisahan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dibentang 2026 - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa jawatan Pendakwa Raya selepas pemisahan kuasa dengan Jabatan Peguam Negara perlu bebas dari sebarang pengaruh yang dapat mempengaruhi keputusan pendakwaan.
4. Malaysia pertimbang import daging lembu dari Pakistan
Malaysia sedang mempertimbang untuk mengimport daging lembu dari Pakistan melibatkan nilai perdagangan sehingga AS$200 juta (RM842 juta).
5. Dewan Rakyat: Status Kampung Bharu bukan tanah Rizab Melayu - Dr Zaliha
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menjelaskan kekeliruan mengenai status Kampung Bharu, Kuala Lumpur, yang sering dianggap sebagai kawasan Rizab Melayu.
6. Mohamad Sabu jalani rawatan rutin di IJN, keadaan stabil
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu kini menerima rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dengan keadaan beliau adalah stabil.
7. DUN Sabah bubar Isnin
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan berkuat kuasa hari ini sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17.
8. Penjawat awam tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti, majlis libat minuman keras - Cuepacs
Penjawat awam tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti atau majlis yang melibatkan minuman keras (arak) atau sebarang bentuk minuman beralkohol.
9. 72 sekolah laksana PdPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
Sebanyak 72 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 27 hingga 28 Okt ini bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.
10. Aktivis Global Sumud Flotilla dijangka tiba di tanah air pada Selasa
Sumud Nusantara Command Center mengesahkan kepulangan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang dijangka tiba di KLIA pada Selasa, 7 Oktober, jam 9:45 malam.