MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 November 2025.
1. Hard Rock Cafe Ipoh ditutup 1 Dis selepas beroperasi hanya setahun
Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih kepada staf atas dedikasi mereka dan menutup bab Ipoh dengan penuh penghargaan.
2. 80 murid tidak didaftarkan UPKK 2025, sekolah agama beroperasi tanpa kebenaran - Jakim
Murid terbabit tidak memenuhi kriteria pendaftaran sekolah agama Islam swasta di Negeri Selangor.
3. Ibu Zul Huzaimy meninggal dunia
Lebih menyentuh hati, pemergian Allahyarham berlaku selepas bacaan tahlil dan solat hajat oleh ahli keluarga.
4. Namewee ditahan reman enam hari bantu siasatan kematian pempengaruh Taiwan
Perintah reman terhadap Namewee dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada Rabu.
5. Keluarga Daim dapat kebenaran semakan kehakiman cabar SPRM beku akaun
Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan permohonan keluarga Daim layak untuk dilayan dan menetapkan tarikh pengurusan kes pada 19 November ini.
6. Isu Muslim Choice: MFW ambil keputusan bubar pertubuhan secara rasmi hari ini
Muslim Friendly Watch (MFW) hari ini memutuskan untuk membubarkan pertubuhan itu secara rasmi mengikut lunas undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
7. Malaysia boleh tarik balik pengiktirafan badan pensijilan halal AS jika langgar standard JAKIM
Malaysia boleh menarik balik pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada dua badan pensijilan halal di Amerika Syarikat (AS) sekiranya berlaku sebarang pelanggaran terhadap mana-mana standard dan protokol halal negara ini.
8. Pencemaran Sungai Johor: Rebat air kepada pengguna terjejas dipertimbang - Exco
Kerajaan Johor akan mempertimbangkan pemberian rebat susulan gangguan bekalan air akibat pencemaran Sungai Johor yang telah menjejaskan 292,158 akaun pengguna atau hampir 1.168 juta penduduk di empat daerah.
9. Pasport Malaysia di tangga ketiga dunia
Pasport Malaysia terus mencatat pencapaian membanggakan apabila menduduki tangga ketiga dunia dalam ranking Passport Index 2025.
10. Inkues Zara Qairina: Saksi diminta sampaikan pesanan kepada pelajar lain supaya berhenti sindir Zara
Mahkamah Koroner diberitahu bahawa seorang rakan Zara Qairina Mahathir yang bersekolah di tempat lain pernah menghubungi saksi ke-37 melalui aplikasi TikTok bagi meminta beliau menasihati pelajar lain berhenti menyindir pelajar tingkatan satu itu.