MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 07/11/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 November 2025.


1. Lawatan negara bersejarah Agong ke Arab Saudi tanda era baharu hubungan dua negara

Lawatan negara Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke Arab Saudi yang berakhir semalam, menandakan lembaran baharu hubungan persahabatan yang erat, saling menghormati dan komitmen bersama antara dua negara.



2. Kes bunuh Puchong: Rakan serumah ditahan, suspek utama dikenal pasti - Polis

Polis menahan enam lelaki warga India yang juga rakan serumah kepada suspek utama bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki warga India di tangga sebuah rumah kedai di Pusat Bandar Puchong, pada Khamis.


3. Insiden serangan: Istana pertingkat kawalan keselamatan, Sultan Nazrin terus dekati rakyat

Kawalan keselamatan terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah telah dipertingkatkan bagi memastikan tahap keselamatan lebih menyeluruh susulan insiden serangan ke atas baginda ketika sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, 31 Ogos.


4. GISB: CEO, anak pengasas Al-Arqam, 11 pemimpin syarikat sah bebas - Peguam

Ketua Pegawai Eksekutif GISB bersama anak bekas pengasas Al-Arqam dan 11 pemimpin tertinggi syarikat tersebut disahkan dibebaskan hari ini selepas menjalani hukuman penjara selama 13 bulan 20 hari.


5. Pegawai kanan DBKL mengaku tidak bersalah terima wang RM50,000

Seorang pegawai kanan DBKL didakwa menerima wang tunai RM50,000 daripada seorang individu berkaitan kerja rasminya di agensi kerajaan tempatan itu, pada Januari lepas.


6. Zambry beri bayangan rombakan Kabinet dalam masa terdekat?

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir seolah memberi bayangan susulan tempohnya sebagai Ahli Dewan Negara bakal berakhir awal Disember ini.


7. Inkues Zara Qairina: ‘Tiada sentuhan, tapi suasana tegang’ – Saksi kanak-kanak

Prosiding hari ke-34 inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini mendengar keterangan saksi kanak-kanak ke-30, seorang pelajar tingkatan dua di SMK (A) Tun Datu Mustapha, Kinarut.


8. Malaysia lakar sejarah, dipilih ahli lembaga UNESCO bagi penggal 2025-2029

Malaysia melakar sejarah gemilang di persada antarabangsa apabila dipilih sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi penggal 2025 hingga 2029.


9. Tiada rakyat Malaysia terjejas Taufan Kalmaegi di Filipina, pantau Ribut Fung-Wong

Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Manila turut memantau rapat perkembangan Ribut Tropika Fung-Wong (dikenali secara tempatan sebagai Uwan) yang dijangka memasuki Kawasan Tanggungjawab Filipina pada Jumaat.


10. PM Anwar bidas pembangkang kritik ART tanpa faham kandungan perjanjian

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pembangkang yang lantang mengkritik Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) tanpa memahami kandungan dokumen berkenaan.




#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI