MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Anwar seru rakan AZEC perkukuh kerjasama terhadap Grid Tenaga ASEAN
Anwar turut menggariskan langkah-langkah Malaysia dalam memperkukuh tadbir urus iklim dan mempercepatkan peralihan tenaga negara ke arah ekonomi rendah karbon. - Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru negara anggota Komuniti Asia Sifar Pelepasan (AZEC) supaya memperkukuh kerjasama teknikal dan kewangan mereka bagi mempercepat integrasi Grid Tenaga ASEAN.
Dalam ucapan pembukaannya pada Mesyuarat Pemimpin AZEC Ketiga, Anwar berkata platform serantau itu kekal penting dalam menggalakkan kerjasama saling memanfaatkan ke arah peralihan tenaga bersih dan mampan.
“Dari perspektif Malaysia, prinsip AZEC iaitu satu matlamat, pelbagai pendekatan amat selari dengan pendekatan nasional kami terhadap peralihan tenaga.
“Melengkapi usaha nasional kami ialah pembangunan Grid Tenaga ASEAN, yang menjadi tunjang kepada usaha mencapai keselamatan tenaga jangka panjang serta matlamat iklim serantau,” katanya.
Mesyuarat yang diadakan di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan itu dipengerusikan bersama oleh Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi. Turut hadir ialah para pemimpin ASEAN dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Anwar turut menggariskan langkah-langkah Malaysia dalam memperkukuh tadbir urus iklim dan mempercepatkan peralihan tenaga negara ke arah ekonomi rendah karbon.
Beliau berkata antara langkah berkenaan termasuk Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 yang menjadi asas perundangan bagi pengurusan karbon berskala besar dan ekonomi rendah karbon, serta Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Kebangsaan yang akan dibentangkan tidak lama lagi.
Anwar berkata kerajaan juga merancang memperkenalkan cukai karbon pada 2026, sekali gus menandakan peralihan jelas daripada cita-cita kepada pelaksanaan.
Perdana Menteri berkata Malaysia turut mengalu-alukan pembiayaan berterusan bagi pelaburan dalam teknologi rendah karbon.
AZEC yang dilancarkan pada 2023 kini dianggotai 11 negara rakan iaitu Jepun, Australia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Sidang kemuncak selama tiga hari yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula hari ini di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”, menghimpunkan lebih 3,000 delegasi termasuk pemimpin ternama dari lebih 30 negara dan organisasi bagi memperkukuh penglibatan serta kerjasama.
-- BERNAMA