awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: ASEAN-AS akan terima pakai pernyataan visi bersama untuk perkukuh perkongsian - PM Anwar

Bernama
Bernama
26/10/2025
07:54 MYT
Berita Terkini ASEAN25: ASEAN-AS akan terima pakai pernyataan visi bersama untuk perkukuh perkongsian - PM Anwar
ASEAN dan Amerika Syarikat akan menerima pakai Pernyataan Visi Bersama untuk memperkukuh masa depan yang lebih selamat dan makmur bagi kedua-dua rantau. -Foto Reuters
KUALA LUMPUR: ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) akan menerima pakai Pernyataan Visi Bersama ASEAN-AS bagi mengukuhkan masa depan yang lebih kukuh, selamat dan makmur untuk kedua-dua rantau.

Ringkasan AI
  • ASEAN dan Amerika Syarikat akan menerima pakai Pernyataan Visi Bersama untuk memperkukuh masa depan yang lebih selamat dan makmur bagi kedua-dua rantau.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan hubungan ASEAN-AS kini berada pada tahap perkongsian strategik komprehensif dengan perdagangan dua hala mencecah USD453 bilion.
  • Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 turut dihadiri Presiden Donald Trump dan pemimpin ASEAN, menandakan komitmen bersama terhadap keamanan dan kemakmuran serantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN tahun ini berkata kenyataan itu mencerminkan tekad bersama kedua-dua pihak untuk menjadikan kerjasama sebagai hasil yang nyata dan membawa manfaat ketara kepada rakyat.
"Bertunjangkan aspirasi bersama kami terhadap keamanan dan kemakmuran, hubungan ASEAN-AS kini telah berkembang menjadi perkongsian strategik komprehensif.
"Ekonomi yang dinamik dan luar biasa antara AS dan Asia Tenggara berpotensi mewujudkan era keemasan bagi semua negara kita," katanya ketika berucap pada majlis pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat ke-13 di sini hari ini.
Anwar berkata perdagangan dua hala antara ASEAN dan AS mencecah paras tertinggi sebanyak USD453 bilion tahun lepas, yang menyokong berjuta-juta pekerjaan dan perniagaan di kedua-dua rantau.
"Hari ini, kita akan menjadikan janji dalam hubungan ini lebih bermakna," katanya.
Turut hadir Presiden AS Donald Trump serta ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#Anwar Ibrahim
#Pernyataan Visi Bersama
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan