MALAYSIA
Berita terkini ASEAN25: ASEAN, China tandatangani ACFTA 3.0 perkukuh integrasi serantau
Tengku Zafrul (kanan) dan Wang Wentao menandatangani Protokol Naik Taraf ACFTA 3.0 pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, di Kuala Lumpur, pada Selasa. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: ASEAN dan China hari ini menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0, sebagai langkah memperkukuh integrasi ekonomi serta memacu pertumbuhan mampan dan inklusif di rantau ini.
Perjanjian itu dimeterai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Perdagangan China, Wang Wentao sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di sini.
Majlis disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari China, Li Qiang serta Ketua-Ketua Negara ASEAN.
ACFTA 3.0, yang mewakili versi ketiga bagi perjanjian perdagangan yang sudah lama terjalin antara ASEAN dan China fokus kepada beberapa sektor termasuk ekonomi digital dan hijau, ketahanan rantaian bekalan, persaingan dan perlindungan pengguna serta sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Sebelum ini, Tengku Zafrul memaklumkan, perjanjian yang dinaik taraf itu mencerminkan komitmen ASEAN dan China untuk memperbaharui mekanisme perdagangan rentas sempadan selaras dengan keutamaan global semasa.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Li Qiang, dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-28 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini berkata, China bersedia berganding bahu dengan anggota ASEAN bagi memperkukuh perpaduan dan menentang campur tangan kuasa luar yang semakin meningkat di rantau ini.
Beliau turut menegaskan, landskap antarabangsa kini berdepan cabaran dan perubahan baharu.
"Beberapa negara kini terperangkap dengan campur tangan ketenteraan dan tarif tinggi, menjadikan pembangunan negara berdepan risiko dan cabaran yang lebih besar.
"Unilateralisme dan proteksionisme memberi kesan serius terhadap sistem perdagangan global.
"Seperti yang ditegaskan oleh Presiden Xi Jinping ketika lawatan beliau ke Asia Tenggara April lalu, kesatuan adalah kekuatan dan kerjasama membawa kepada kemenangan bersama," katanya.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini