MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: ASEAN Plus Three tegaskan kerjasama serantau demi masa depan lebih stabil - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar menyertai pemimpin-pemimpin ASEAN di Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Isnin. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia telah menzahirkan harapan agar kepentingan kerjasama erat bersama rakan serantau daripada China, Jepun dan Korea Selatan terus dipertingkat, demi menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi ASEAN 2025, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejak kerjasama ASEAN Plus Three (APT) bermula 1996, pelbagai cabaran kompleks dihadapi seperti krisis kewangan Asia, krisis kewangan global 2008 dan pandemik COVID-19.
“Pengalaman ASEAN Plus Three membuktikan bahawa cabaran bersama boleh berubah menjadi kekuatan. Kita mesti memperkukuh keterlibatan dan kerjasama kerana ia adalah kunci kestabilan,” tegas beliau.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three (APT) dengan mengalu-alukan kehadiran Menteri Luar Jepun, Motegi Toshimitsu; Perdana Menteri China, Li Qiang serta Presiden Republik Korea, Lee Jae Myung yang menghadiri sidang ini buat kali pertama.
Sidang APT tersebut antara lain bagi memperkukuh komitmen kolektif ke arah menjadikan Asia Timur sebagai “daerah peluang, kestabilan dan harapan” untuk seluruh dunia.
APT antara lain bersetuju untuk mempercepatkan penubuhan APT Reserve of Medical Supplies for Public Health Emergencies (APTRMS) bagi memperkukuh persediaan kesihatan serantau menghadapi kemungkinan pandemik baharu pada masa hadapan.
Selain itu, pemimpin-pemimpin APT turut menyeru supaya pertumbuhan ekonomi di rantau ini bukan sahaja rancak, tetapi adil dan inklusif.
Golongan muda serta wanita juga, kata pemimpin-pemimpin berkenaan, perlu diperkasa dalam membentuk Asia Timur yang mapan, tersusun dan saling berhubung.
“Kita harus memastikan kemakmuran dikongsi secara saksama dan kemajuan membawa keamanan. Masa depan Asia Timur bergantung kepada keterangkuman generasi akan datang,” tegas Anwar lagi.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini