MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: ATIGA satu langkah ke hadapan untuk kukuhkan asas ekonomi ASEAN – PM Anwar
Anwar berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di KLCC, Kuala Lumpur, hari ini. -REUTERS
KUALA LUMPUR: Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (ATIGA) yang akan dipertingkatkan dalam sesi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 adalah satu langkah penting untuk ke hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Selaku pengerusi ASEAN, beliau berkata, ATIGA merupakan platform untuk memperkukuh asas ekonomi, dengan negara-negara ASEAN kini lebih giat berdagang sesama sendiri, meningkatkan pelaburan antara satu sama lain, dan memperluas integrasi merentas sektor.
Beliau berkata, Ketahanan ASEAN akan sentiasa bergantung kepada keterbukaan – iaitu aliran bebas perdagangan, modal dan pergerakan rakyat.
“Pemeteraian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0 pada 28 Oktober akan membuka lembaran baharu dalam kerjasama kita, mencerminkan komitmen bersama terhadap perdagangan yang adil, transformasi digital dan tenaga mampan.
“Di luar kerangka ASEAN+1, kita sedang mempercepatkan pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), iaitu perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia.
"Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Pemimpin RCEP ke-5 esok bagi memberi dorongan baharu kepada pelaksanaannya,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu membuka sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, di ibu negara pada Ahad.
Untuk rekod, Peningkatan ATIGA merupakan langkah strategik ASEAN untuk memperkukuh integrasi ekonomi serantau dan menjadikan perdagangan intra-ASEAN lebih lancar, moden dan berdaya saing.
Melalui langkah itu, ASEAN bersetuju untuk antara lain, memperluas akses pasaran dan mengurangkan halangan bukan tarif; mempercepat aliran barangan merentas sempadan dengan sistem digital dan automasi; dan menyelaraskan peraturan perdagangan agar lebih serasi dengan piawaian global.
Selain itu ia bertujuan untuk memperkukuh daya tahan rantaian bekalan dan keselamatan makanan; serta memasukkan elemen baharu seperti ekonomi kitaran, perdagangan semasa krisis kemanusiaan, dan penyelesaian pertikaian alternatif.
Sementara itu, Perdana Menteri turut mengambil peluang menyampaikan ucapan takziah sedalam-dalamnya daripada keluarga ASEAN atas pemergian Ratu Sirikit, Bonda Ratu Thailand.
Selain itu beliau turut mengalu-alukan Perdana Menteri Timor-Leste, Xanana Gusmão ke Sidang Kemuncak ASEAN penuh pertama beliau.
“Hari ini merupakan detik bersejarah dalam perjalanan serantau kita dengan kemasukan Timor-Leste sebagai anggota kesebelas ASEAN,” katanya lagi.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menekankan peningkatan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (ATIGA) untuk memperkukuh integrasi ekonomi serantau dan aliran perdagangan bebas.
- Pemeteraian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0 dan Sidang Kemuncak RCEP ke-5 dijangka memperluas kerjasama dalam perdagangan adil, transformasi digital dan tenaga mampan.
- Malaysia menyambut kemasukan Timor-Leste sebagai anggota kesebelas ASEAN dan menyampaikan takziah atas pemergian Ratu Sirikit, Bonda Ratu Thailand.