awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: Australia tumpu peluang pelaburan AU$20 bilion di Asia Tenggara

Bernama
Bernama
27/10/2025
03:20 MYT
Berita Terkini ASEAN25: Australia tumpu peluang pelaburan AU$20 bilion di Asia Tenggara
Australia mengenal pasti perancangan pelaburan bernilai AU$20 bilion untuk seluruh Asia Tenggara, sejajar dengan langkah Canberra memasuki fasa baharu kerjasama ekonomi serantau, kata Perdana Menteri Albanese. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Australia mengenal pasti perancangan pelaburan bernilai AU$20 bilion untuk seluruh Asia Tenggara, sejajar dengan langkah Canberra memasuki fasa baharu kerjasama ekonomi serantau sekali gus menunjukkan komitmen lebih kukuh kepada integrasi ASEAN yang lebih teguh.
Perdana Menteri, Anthony Albanese berkata, aspirasi negara itu adalah untuk menjadi peserta, rakan kerjasama serta pelabur dalam pertumbuhan rantau tersebut, daripada kekal berada di ambang transformasi ekonomi Asia Tenggara.
Beliau berkata, komitmen diperkukuh itu didorong oleh kemajuan utuh yang dicapai tahun lepas, dengan perdagangan dua hala mencecah paras tinggi apabila melonjak hampir AU$6 bilion manakala pelaburan Australia di Asia Tenggara meningkat sekitar AU$2 bilion.
"Komitmen itu dipacu pasukan perjanjian kami yang mengenal pasti projek berpotensi di seluruh rantau ini. Gabungan ini menunjukkan Australia sedang membuat pelaburan baharu dalam sektor pertanian di Laos, tenaga di Thailand, infrastruktur di Vietnam, serta pengangkutan dan logistik melalui Toll (Group) di seluruh Asia Tenggara.
"Dari sudut pandangan kerajaan kami, ini hanya permulaan. Perancangan projek bernilai AU$20 bilion yang kami lihat mempunyai nilai untuk modal dan pembiayaan Australia," katanya ketika berucap menyampaikan ucapan khas di Forum ASEAN-Indo Pasifik 2025 (AIPF), di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Australia
#Anthony Albanese
#pelaburan Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan