MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Brazil sokong keanggotaan penuh Malaysia dalam BRICS - Lula
Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva pada sidang media sempena lawatan rasminya ke Malaysia. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, menyatakan sokongan padu negaranya terhadap Malaysia untuk menjadi anggota penuh blok ekonomi BRICS, ketika Kuala Lumpur kini memegang status rakan dialog kumpulan tersebut.
Ringkasan AI
Dalam sidang media sempena lawatan rasminya ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN, Lula berkata Brazil akan berdiri teguh menyokong kemasukan Malaysia ke dalam BRICS.
“Saya ingin memberitahu bahawa Malaysia akan mendapat sokongan penuh daripada Brazil untuk menjadi anggota penuh BRICS.
“Saya membawa pulang satu tanggapan yang paling positif dari Malaysia. Di mana sahaja saya pergi, rakyatnya mesra dan penuh senyuman, ia mengingatkan saya kepada rakyat Brazil sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai potensi keanggotaan penuh Malaysia dalam BRICS semasa tempoh pengerusiannya.
Selain itu, Lula turut memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta hasil perbincangan yang diadakan bersama kerajaan dan komuniti perniagaan tempatan.
“Saya meninggalkan Malaysia dengan pandangan yang amat baik terhadap Perdana Menteri, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan kesan positif daripada pertemuan saya dengan kerajaan serta para usahawan,” katanya.
Lawatan rasmi Lula ke Malaysia merupakan sebahagian daripada rangka kunjungannya ke Asia Tenggara bagi memperkukuh hubungan Brazil dengan rantau ini, termasuk dalam konteks kerjasama Selatan-Selatan serta peningkatan hubungan ekonomi dengan negara anggota ASEAN.
Pada Oktober tahun lalu, Malaysia diiktiraf sebagai salah satu daripada 13 negara yang secara rasmi ditambah ke dalam BRICS sebagai negara rakan kongsi, sebuah blok yang secara kolektif menyumbang kepada satu perlima perdagangan global.
Menurut kemas kini dari @BRICSInfo di X, blok itu secara rasmi menambah 13 negara baharu ke dalam perikatan sebagai negara rakan kongsi, walaupun belum sebagai ahli penuh.
Selain Malaysia, 12 negara lain yang turut disertakan ialah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- Brazil sokong penuh Malaysia untuk menjadi anggota penuh BRICS, menurut Presiden Lula da Silva semasa lawatan rasmi ke Malaysia.
- Lula puji kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan menyifatkan rakyat Malaysia sebagai mesra serta positif terhadap hubungan dua hala.
- Malaysia kini rakan dialog BRICS, bersama 12 negara lain, dan berpotensi menyertai blok ekonomi global yang menyumbang satu perlima perdagangan dunia.