MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Bukan gagalkan lawatan, peserta 'Himpunan Trump Tidak Diterima' mahu sampaikan mesej
Peserta berharap, protes hari ini menjadi simbol solidariti rakyat Malaysia dalam menolak kezaliman Israel. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kumpulan 'Himpunan Trump Tidak Diterima' di Dataran Merdeka menyuarakan penolakan terhadap kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang dianggap membawa dasar luar menindas dunia Islam dan negara dunia ketiga.
Mereka menegaskan, meskipun protes ini tidak mengubah kehadiran Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, ia tetap menjadi simbol solidariti rakyat Malaysia dalam menolak kezaliman dan menyatakan pendirian terhadap isu Palestin.
Seorang peserta, Muhammad Syahid Abdullah, berkata himpunan itu bukan bertujuan menggagalkan lawatan Trump, sebaliknya menyampaikan mesej moral kepada masyarakat.
“Walaupun kita tahu ini bukan satu himpunan yang akan memberi impak terus kepada kehadiran Trump, tetapi apa yang diharapkan, kita mampu memberi mesej kepada diri sendiri dan dunia luar bahawa kita tidak perlu sokong Trump.
"Walaupun dia tetap hadir, kita dapat beri mesej yang jelas kepada rakyat di luar sana,” katanya.
Peserta lain, Lucas Heng Loh, menyifatkan Trump sebagai lambang kepada dasar imperialis Amerika yang menindas negara-negara kecil dan dunia ketiga.
“Trump adalah Presiden Amerika yang menunjukkan sikap imperialis, membuli negara kecil dan negara dunia ketiga.
"Kita nampak banyak syarikat dari Amerika yang menyokong Israel dan membuat kekacauan di negara lain seperti Cuba, Venezuela dan Iran.
"Jadi saya rasa kita perlu bersatu untuk tidak ‘welcome’ Donald Trump, satu figura yang kita tidak minat,” ujarnya.
Sementara itu, Muhammad Alif Razali pula menegaskan Trump merupakan sekutu kuat Zionisme yang memberi ruang kepada penindasan berterusan terhadap Palestin.
“Trump adalah antek-antek (orang suruhan) kepada Zionisme yang telah memberikan ruang kepada mereka dari segi material, ketenteraan dan sebagainya,” katanya ringkas.
Bagi seorang lagi peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, kehadiran Trump ke Malaysia seharusnya menjadi peluang bagi pemimpin negara menyampaikan pendirian rakyat secara tegas.
“Kita nak tunjuk kepada Donald Trump bahawa ada perkara yang kita tak setuju, terutama dengan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
"Tapi secara peribadi, saya percaya pemimpin kita di belakang tabir akan membuat keputusan yang betul dalam pertemuan dengan beliau,” katanya.
Seorang peserta Wanita dari Indonesia yang berkunjung ke Malaysia, Asma Nadia, pula menegaskan warga dunia tidak patut menyambut pemimpin yang dikaitkan dengan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
“Dalam hal ini kita tolak Donald Trump, kita tolak boneka mainan Netanyahu.
"Kita tidak akan menyambut pelaku genosid paling mengerikan di Malaysia,” katanya dengan nada tegas.
Himpunan di Dataran Merdeka itu berlangsung secara aman dengan kehadiran anggota polis bagi mengawal keselamatan.
Himpunan berakhir sekitar jam 12 tengah hari dalam keadaan aman.
Dapatkan berita terkini di sini