MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Facebook PM Anwar dibanjiri ucapan penghargaan rakyat Kemboja terhadap usaha damai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima banyak ucapan penghargaan daripada rakyat Kemboja menerusi media sosial susulan pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima banyak ucapan penghargaan daripada rakyat Kemboja menerusi media sosial susulan pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja, hari ini.
Ringkasan AI
Rata-rata hantaran yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Anwar dan Pejabat Perdana Menteri, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas peranan Malaysia sebagai pemudah cara untuk perjanjian bersejarah berkenaan yang bertujuan memulihkan kestabilan di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja.
"Terima kasih atas usaha gigih anda membantu kami," tulis pengguna Facebook, Keo Dalis.
Seorang lagi pengguna, Hei Nail menulis, "Terima kasih atas usaha untuk mewujudkan perdamaian," manakala Teav Kim Leamg pula membuat hantaran, "Saya rakyat Kemboja. Terima kasih atas kebaikan anda yang sentiasa membantu dan menyokong Kemboja mencapai keamanan."
Ramai pengguna menyifatkan perjanjian damai itu sebagai lembaran baharu bagi keharmonian serantau.
Hantaran itu yang menerima lebih 4,900 komen turut menyaksikan rakyat Malaysia memberikan pujian terhadap kepimpinan Anwar dalam memupuk keamanan dan diplomasi serantau.
Seorang pengguna menulis,"Ramai kawan saya dari Kemboja dan Thai like bila saya kongsi tentang ini hari ini ... tahniah PMX," manakala seorang lagi mendoakan perjanjian itu membawa "manfaat kepada rakyat dan negara."
Perjanjian damai berkenaan yang dimeterai di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 itu menandakan langkah penting dalam usaha membina semula kepercayaan dua hala antara Thailand dan Kemboja selepas pertelingkahan sekian lama.
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN memainkan peranan sebagai perantara dalam memudah cara rundingan yang membawa kepada perjanjian bersejarah berkenaan.
Sementara itu, dalam ruangan komen hantaran yang sama Anwar menyifatkan peristiwa berkenaan sebagai "detik bersejarah" untuk diplomasi ASEAN serta kesinambungan daripada gencatan senjata yang dipersetujui di Putrajaya pada 28 Julai.
Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada rakan serantau dan antarabangsa termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang telah membantu meyakinkan Kemboja dan Thailand untuk berdamai.
Beliau juga menekankan pentingnya untuk memperluas agenda keamanan ke wilayah lain yang dilanda konflik, khususnya Gaza supaya keadilan dan kemanusiaan dapat dikembalikan sebagai teras orde dunia.
"Perjanjian damai itu menjadi bukti bahawa suara ASEAN semakin berpengaruh sebagai penghubung keamanan, membuktikan yang kesederhanaan dan dialog mampu menyelesaikan pertikaian," kata beliau.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Rakyat Kemboja membanjiri media sosial mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peranan Malaysia memudah cara Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja.
- Perjanjian itu menandakan langkah penting ke arah memulihkan hubungan dua hala dan kestabilan sempadan kedua-dua negara.
- Anwar menyifatkan kejayaan itu sebagai detik bersejarah bagi diplomasi ASEAN dan bukti pengaruh Malaysia dalam memperkukuh keamanan serantau.