Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
MALAYSIA

Berita Terkini ASEAN25: Filipina komited teruskan momentum Malaysia selaku Pengerusi 2026

Seth Akmal 28/10/2025 | 09:47 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan penyerahan kepengerusian kepada Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Filipina komited untuk meneruskan agenda yang dicapai semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dipengerusikan oleh Malaysia.


Ringkasan AI
  • Filipina komited meneruskan agenda ASEAN yang dicapai semasa Sidang Kemuncak ke-47 di bawah kepengerusian Malaysia, termasuk pelaksanaan awal Visi Komuniti ASEAN 2045.
  • Presiden Ferdinand Marcos Jr. puji kepimpinan Malaysia, yang disifatkan jelas, yakin dan mantap dalam memacu kemajuan rantau Asia.
  • Filipina akan mengambil alih kepengerusian ASEAN pada 2026, dengan tekad untuk mengekalkan momentum dan memperkukuh kerjasama serantau.


Presidennya Ferdinand R. Marcos Jr. berkata, Malaysia memimpin ASEAN dengan jelas dan yakin, menunjukkan bahawa kepimpinan mantap digandingkan dengan keramahan dan keteguhan mampu memacu kemajuan rantau Asia.

“Malaysia memimpin ASEAN dengan kejelasan dan keyakinan…Filipina berasa terhormat mengambil tanggungjawab memimpin ASEAN mulai 2026.

“Kami komited untuk meneruskan momentum anda (Malaysia) dan melaksanakan pada tahun pertama Visi Komuniti ASEAN 2045 dengan bertujuan dan teguh,” katanya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Bongbong berkata demikian semasa menyampaikan ucap tama semasa Majlis Penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di sini, hari ini.

SEMUA ARTIKEL DAN VIDEO BERHUBUNG ASEAN25 DI SINI

Malaysia serah kepengerusian ASEAN 2026 kepada Filipina


Kepengerusian ASEAN 2026 katanya, akan mengangkat tema “Navigating Our Future Together”.

Malah, Bongbong turut berhasrat memudah cara penyertaan Timor-Leste, yang kini diterima sebagai negara anggota ASEAN, selain mengiktiraf peranan penting Sekretariat ASEAN dalam menjayakan sidang kemuncak ini.

“Kami juga tetap berdedikasi untuk memudahkan integrasi Timor-Leste ke dalam keluarga ASEAN…kami menantikan kerjasama rapat di masa akan datang bagi merealisasikan keutamaan Filipina dan ASEAN secara keseluruhan,” katanya lagi.

Tambah beliau, pemimpin negara harus terus kekal bekerjsama dalam mengekalkan kestabilan di rantau ini berlandaskan visi bersama ASEAN yang terbuka, inklusif, telus dan berlandaskan undang-undang.

“Walaupun arus perubahan tidak menentu, kompas kita mesti kekal teguh, berasaskan kerjasama, dan tertumpu kepada mengekalkan rantau yang stabil dan selamat,” katanya lagi.







#ASEAN25 #Pengerusi ASEAN #Filipina #Ferdinand R Marcos Jr #sidang kemuncak #terkini