MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Himpunan kedua tolak Trump berlangsung aman di Jalan Ampang
Puluhan peserta pro-Palestin berhimpun di kawasan itu untuk menyatakan bantahan terhadap kehadiran Trump. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Himpunan 'Trump Tidak Diterima di Malaysia' di sebuah tapak parkir di Jalan Ampang petang ini, berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang kekecohan.
Puluhan peserta pro-Palestin berhimpun di kawasan itu untuk menyatakan bantahan terhadap kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di sini.
Kawasan itu menjadi lokasi kedua perhimpunan berkenaan hari ini, selepas Dataran Merdeka, pagi tadi.
Himpunan tersebut bermula pada jam 5 petang dengan laungan “Bebas Palestin”, “Israel pergi Neraka” dan “Donald Trump pergi balik”.
Beberapa peserta dari pelbagai organisasi dan orang perseorangan hadir memegang poster tertera “Zionis pergi neraka”, “Tolak Trump” dan “fasis pergi mati”.
Sekretariat Bantah Trump selaku penganjur turut menyatakan tuntutan iaitu menggesa AS menghentikan segala bentuk sokongan ketenteraan kepada Israel, khususnya dalam serangan ke atas Gaza.
Mereka turut menuntut pengunduran tentera AS dari Asia Tenggara dan penghentian campur tangan Washington dalam konflik Laut China Selatan serta politik serantau ASEAN.
Sektetariat itu turut menyatakan beberapa bantahan kepada kerajaan Malaysia yang merupakan Pengerusi Sidang Kemuncak Asean ke-47 yang bermula hari ini.
Jurucakap Sekretariat Anti Genosid Malaysia (SAGM) Ayman Hareez Muhammad Adib turut menzahirkan perasaan lega apabila himpunan berjalan dengan lancar.
“Saya rasa gembira hari ini kerana berjaya mengadakan sidang ‘Mahkamah Rakyat’ untuk menjatuhkan Donald Trump dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu secara simbolik," katanya.
Menurut Aiman, himpunan hari ini adalah untuk menunjukkan penentangan, penafian dan mengecam negara yang disifatkannya kuasa terzalim di dunia iaitu Amerika Syarikat.
“Amerika merupakan kuasa di belakang kejahatan dan kezaliman di dunia ini,” katanya semasa ditemui pemberita selepas himpunan selesai.
Himpunan selesai pada jam 6.30 petang di mana peserta melakukan gimik memukul patung menyerupai Trump sebelum bersurai.
Ratusan anggota keselamatan terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia turut mengawal keadaan bagi memastikan himpunan berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi.