Berita Terkini ASEAN25: Himpunan 'Trump Tidak Diterima di Malaysia' beralih ke Dataran Merdeka

Perkara tersebut dimaklumkan oleh penganjur Boycott, Divestment and Sanctions Malaysia kepada media sekitar jam 8.30 pagi hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Himpunan “Trump Tidak Diterima di Malaysia” telah menukar lokasi daripada skatepark Ampang Park ke Dararan Merdeka pada jam 10 pagi, Ahad.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh penganjur Boycott, Divestment and Sanctions Malaysia kepada media pada jam 8.30 pagi hari ini.
“Sehubungan penutupan kawasan LRT Ampang Park dan KLCC oleh pihak polis, perhimpunan akan diteruskan seperti dirancang tetapi di lokasi baharu iaitu di Dataran Merdeka.
“Pihak penganjur Perhimpunan Bantah Trump kesal dengan pihak polis atas sikap yang keras dan tidak menghormati hak asasi rakyat,” katanya, melalui kenyataan pada Ahad.
Tinjauan Astro AWANI mendapati anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari pelbagai unit mula membuat pemantauan dan kawalan di skatepark, di sini, seawal jam 7 pagi Ahad.
Akses laluan pengangkutan awam juga ditutup sementara waktu bagi beberapa stesen berhampiran dengan lokasi perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre di ibu negara pada Ahad.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

