MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Kaedah diplomasi lembut Malaysia diiktiraf dunia - Panglima Angkatan Tentera
Mohd Nizam berkata pelbagai kerjasama dalam aspek pertahanan juga akan diwujudkan selepas ini susulan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur. - Gambar fail
MUAR: Kejayaan Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemboja menonjolkan kematangan Malaysia dalam menggunakan kaedah diplomasi lembut (soft diplomacy), sekali gus membuktikan kemampuan negara menguruskan rundingan kompleks secara berhemah dan strategik.
Ringkasan AI
Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata lebih utama, pendekatan tersebut telah mendapat pengiktirafan dunia terhadap keupayaan negara dalam memacu kestabilan serantau menerusi kecekapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Luar serta agensi berkaitan.
"Pendekatan diplomasi pertahanan yang lembut namun berkesan ini hasil kerja belakang tabir ATM dan Kementerian Luar telah berjaya membawa kepada perjanjian yang sangat signifikan dalam hubungan antara Thailand dan Kemboja.
"Kejayaan tersebut memperlihatkan keutuhan semangat kerjasama serantau malah menjadi pengiktirafan dunia terhadap keupayaan Malaysia menggunakan kaedah diplomasi lembut sekali gus telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan keamanan dan keseimbangan kuasa di rantau Asia Tenggara," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI ATM 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, di sini hari ini.
Mohd Nizam berkata pelbagai kerjasama dalam aspek pertahanan juga akan diwujudkan selepas ini susulan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
"Antaranya adalah memperkukuh Langkah Membina Keyakinan (Confident Building Measure) (CBM) dalam usaha menjalinkan kepercayaan antara negara di samping penubuhan unit risikan keselamatan siber ASEAN dan meningkatkan kekerapan latihan ketenteraan di antara negara anggota.
"Apabila banyak interaksi antara negara dan juga angkatan tentera, ia meningkatkan keyakinan dan ketelusan sesama negara justeru dapat menyelesaikan banyak masalah, sama ada dapat dilihat mahupun yang terselindung," katanya.
Mengenai program yang berlangsung selama dua hari itu, beliau berkata lebih banyak sekolah akan dijadikan sekolah angkat ATM menerusi program yang berkonsepkan Jiwa Murni tersebut.
"Sekolah angkat ini bukan sekadar berkaitan wang ringgit tetapi saya telah mencadangkan agar diadakan juga sesi mentor-mentee kerana pengalaman yang lalu adalah panduan terbaik buat pelajar-pelajar ini.
"Kita mahu tonjolkan antara ATM dan sekolah dapat bekerjasama kerana ini penting, memandangkan kita perlu tahu perbezaan antara generasi dalam memahamkan mereka mengenai tanggungjawab terhadap negara," katanya.
Antara pengisian program termasuk perasmian 'Green Room Studio' sekolah berkenaan, sesi audio siar khas serta penyerahan satu Set Robotik kepada pengetua sekolah sebagai simbolik sokongan ATM terhadap agenda pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
--BERNAMA
Ringkasan AI
- Kejayaan Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemboja menunjukkan kematangan Malaysia dalam diplomasi lembut, hasil usaha ATM dan Kementerian Luar yang mendapat pengiktirafan dunia atas keupayaan mengurus rundingan kompleks secara berhemah.
- Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar menyatakan bahawa kejayaan ini akan disusuli dengan kerjasama pertahanan seperti Langkah Membina Keyakinan (CBM), penubuhan unit risikan keselamatan siber ASEAN dan peningkatan latihan ketenteraan antara negara anggota.
- Dalam program Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI ATM 2025, ATM mencadangkan sesi mentor-mentee antara anggota dan pelajar, serta menyokong pendidikan STEM melalui penyerahan Set Robotik dan perasmian Green Room Studio di sekolah terlibat.
Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata lebih utama, pendekatan tersebut telah mendapat pengiktirafan dunia terhadap keupayaan negara dalam memacu kestabilan serantau menerusi kecekapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Luar serta agensi berkaitan.
"Pendekatan diplomasi pertahanan yang lembut namun berkesan ini hasil kerja belakang tabir ATM dan Kementerian Luar telah berjaya membawa kepada perjanjian yang sangat signifikan dalam hubungan antara Thailand dan Kemboja.
"Kejayaan tersebut memperlihatkan keutuhan semangat kerjasama serantau malah menjadi pengiktirafan dunia terhadap keupayaan Malaysia menggunakan kaedah diplomasi lembut sekali gus telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan keamanan dan keseimbangan kuasa di rantau Asia Tenggara," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI ATM 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, di sini hari ini.
Mohd Nizam berkata pelbagai kerjasama dalam aspek pertahanan juga akan diwujudkan selepas ini susulan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
"Antaranya adalah memperkukuh Langkah Membina Keyakinan (Confident Building Measure) (CBM) dalam usaha menjalinkan kepercayaan antara negara di samping penubuhan unit risikan keselamatan siber ASEAN dan meningkatkan kekerapan latihan ketenteraan di antara negara anggota.
"Apabila banyak interaksi antara negara dan juga angkatan tentera, ia meningkatkan keyakinan dan ketelusan sesama negara justeru dapat menyelesaikan banyak masalah, sama ada dapat dilihat mahupun yang terselindung," katanya.
Mengenai program yang berlangsung selama dua hari itu, beliau berkata lebih banyak sekolah akan dijadikan sekolah angkat ATM menerusi program yang berkonsepkan Jiwa Murni tersebut.
"Sekolah angkat ini bukan sekadar berkaitan wang ringgit tetapi saya telah mencadangkan agar diadakan juga sesi mentor-mentee kerana pengalaman yang lalu adalah panduan terbaik buat pelajar-pelajar ini.
"Kita mahu tonjolkan antara ATM dan sekolah dapat bekerjasama kerana ini penting, memandangkan kita perlu tahu perbezaan antara generasi dalam memahamkan mereka mengenai tanggungjawab terhadap negara," katanya.
Antara pengisian program termasuk perasmian 'Green Room Studio' sekolah berkenaan, sesi audio siar khas serta penyerahan satu Set Robotik kepada pengetua sekolah sebagai simbolik sokongan ATM terhadap agenda pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
--BERNAMA
#diplomasi lembut
#konflik Thailand-Kemboja
#Berita Terkini ASEAN2025
#Kejayaan Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand-Kemboja