Berita Terkini ASEAN25: "Kembali ke pejabat" - Anwar

Hantaran tersebut turut menyertakan sekeping gambar Anwar di pejabatnya, sedang meneliti beberapa dokumen. -Facebook/ Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menjalankan tugas rasmi seperti biasa selepas menamatkan tempoh yang sibuk dengan siri mesyuarat dan pertemuan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berakhir pada Selasa.
Dalam satu hantaran ringkas di Facebook hari ini, beliau memuat naik sekeping gambar sedang meneliti dokumen di pejabatnya, dengan kapsyen “kembali ke pejabat”, menandakan komitmen berterusan terhadap urusan pentadbiran negara.
Sidang Kemuncak ASEAN kali ini menyaksikan pelbagai perbincangan penting melibatkan isu keselamatan serantau, kerjasama ekonomi dan hubungan strategik bersama rakan antarabangsa.
Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial yang menyatakan sokongan terhadap usaha Perdana Menteri untuk terus memberi tumpuan kepada agenda reformasi dan kesejahteraan rakyat selepas selesai urusan di peringkat antarabangsa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


