MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Lula kritik PBB gagal hentikan perang, gesa tindakan global tangani krisis
Lula (kiri) bersalaman dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama di Kompleks Seri Perdana, pada Sabtu. -Foto Bernama
PUTRAJAYA: Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva menyelar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana gagal memainkan peranan dalam pelbagai krisis global terutama untuk menghentikan peperangan.
Ringkasan AI
Tegas beliau, institusi antarabangsa itu kini tidak lagi berfungsi seperti yang dihasratkan ketika ia ditubuhkan, malah banyak peperangan yang berlaku dimulakan oleh anggota majlis itu sendiri.
"Bagaimana kita boleh berdiam diri melihat perang di Ukraine yang berlarutan atau penderitaan berpanjangan di Gaza?
"Keganasan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang normal. Apabila kita menerima kekejaman sebagai kebiasaan, kita telah kehilangan sifat kemanusiaan," katanya dalam sidang media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, di sini, pada Sabtu.
Malah, kata beliau, banyak negara masih gagal dalam urus tadbir bagi menangani isu perubahan iklim, meskipun pelbagai perjanjian antarabangsa telah dibuat.
Katanya, ini berpunca daripada sikap negara yang tidak bertanggungjawab apabila mereka mengabaikan komitmen di bawah Perjanjian Kyoto dan Perjanjian Paris, sekali gus menjejaskan lagi kesan krisis iklim terhadap golongan miskin di seluruh dunia.
"Atas sebab itu, saya mahu Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 30) di Brazil nanti menjadi platform untuk menilai sama ada kita percaya pada amaran saintifik tentang masa depan bumi.
"Krisis iklim memberi kesan paling teruk kepada golongan miskin, penduduk kampung kecil, mereka yang tinggal di kawasan pinggir bandar, yang menjadi mangsa ribut, banjir, dan taufan.
"Kita dan para pemimpin dunia, mesti bertindak bukan hanya untuk negara masing-masing, tetapi untuk bumi ini secara keseluruhan," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berharap penyertaan Brazil dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menjadi permulaan baik hubungan Malaysia dan Brazil dalam memperkukuhkan kerjasama pelbagai bidang.
"Hari ini kami menandatangani beberapa perjanjian penting dan saya akan pulang ke Brazil dengan keyakinan baharu.
"Sudah 30 tahun tiada Presiden Brazil melawat Malaysia, sesuatu yang sukar dipercayai, memandangkan Malaysia telah lama menjadi contoh pertumbuhan dan pembangunan yang mengagumkan di mata dunia.
"Jika Malaysia boleh berjaya dan Brazil masih tertinggal, itu bermakna ada sesuatu yang salah, sama ada dalam dasar kerajaan, tingkah laku masyarakat atau tanggungjawab para pemimpin dan usahawan," katanya.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Lula da Silva ke Malaysia sejak beliau memegang jawatan bagi penggal baharu pada Januari 2023, bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan sebagai Tetamu Pengerusi.
Lawatan ini mencerminkan hubungan rapat dan kerjasama strategik antara Malaysia dan Brazil, berteraskan saling menghormati, kemakmuran serta aspirasi bersama.
Pada 2024, Brazil merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia di rantau Amerika Latin dengan jumlah perdagangan dua hala sebanyak RM20.36 bilion atau AS$4.46 bilion.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- Presiden Brazil, Luiz Incio Lula da Silva menyelar Majlis Keselamatan PBB kerana gagal menghentikan peperangan seperti di Ukraine dan Gaza, serta menyifatkan keganasan sebagai ancaman kepada sifat kemanusiaan.
- Beliau turut mengkritik negara-negara yang mengabaikan komitmen terhadap Perjanjian Kyoto dan Paris, dan mahu COP 30 di Brazil menjadi platform penilaian serius terhadap krisis iklim global.
- Lawatan rasmi beliau ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menandakan permulaan kerjasama strategik baharu, dengan perdagangan dua hala mencecah RM20.36 bilion pada 2024.