MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Malaysia, ASEAN puji peranan Trump dalam usaha damai Kemboja-Thailand
Malaysia merakamkan penghargaan kepada Presiden AS Donald Trump (kanan) atas peranan aktif beliau dalam menjayakan Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja. -Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN, merakamkan penghargaan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump atas peranan serta komitmen beliau dalam menyokong usaha yang membawa kepada perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand.
Ringkasan AI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata blok serantau itu menyambut baik keprihatinan, empati serta tekad Trump dalam mempromosikan keamanan dan kestabilan di rantau ini.
"Ketika saya mula-mula mendapat panggilan anda, anda menggesa saya untuk melakukan lebih banyak lagi bagi membantu inisiatif (damai) ini, dan anda secara peribadi menghubungi kedua-dua Perdana Menteri (Thailand dan Kemboja) bagi mendesak mereka mencari penyelesaian damai dengan segera... untuk itu, saya ingin mengucapkan terima kasih.
"... sudah tentu kami mengagumi kesungguhan dan keberanian anda (dalam perkara ini) kerana dunia memerlukan pemimpin seperti anda yang lantang bersuara untuk mempromosikan keamanan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan bersama Trump majlis menandatangani perjanjian damai antara Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, yang dikenali sebagai Perjanjian Damai KL, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang bermula hari ini.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Hadir sama menyaksikan detik bersejarah itu ialah Setiausaha Negara AS Marco Rubio dan Duta AS ke Malaysia Edgard D Kagan.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- Malaysia merakamkan penghargaan kepada Presiden AS Donald Trump atas peranan aktif beliau dalam menjayakan Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja.
- Anwar Ibrahim memuji kesungguhan dan keberanian Trump yang secara peribadi menghubungi pemimpin Thailand dan Kemboja untuk mendesak penyelesaian damai.
- Majlis menandatangani perjanjian turut disaksikan oleh pemimpin Malaysia dan wakil AS, menandakan sokongan antarabangsa terhadap keamanan serantau.