MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Malaysia komited dengan Pelan Damai Gaza, kata Anwar kepada Trump
Anwar mengadakan pertemuan dengan Trump di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia kekal komited terhadap pelaksanaan Pelan Damai Gaza, termasuk memastikan laluan bantuan kemanusiaan tidak dihalang.
Ringkasan AI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, Malaysia bertegas agar proses pembinaan semula wilayah berkenaan dapat dilaksanakan segera demi keadilan dan maruah rakyat Palestin.
Katanya lagi, perkara itu telah dibangkitkan dalam pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, sempena mesyuarat dua hala yang diadakan di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, di ibu negara pada Ahad.
“Malaysia akan terus memimpin dengan prinsip, bekerjasama atas dasar saling hormat, memperkukuh perdagangan bebas dan menjunjung keamanan sejagat, selaras dengan semangat Malaysia MADANI,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian melalui perkongsian di laman media sosialnya, sempena pertemuan dengan Trump yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Selain mesyuarat dua hala, kedua-dua pemimpin turut menyaksikan pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Accord) bagi menyelesaikan konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja, selain menyertai Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, pertemuannya dengan Trump memperkukuh hubungan diplomatik yang telah terjalin sejak tahun 1957.
Beliau berkata, kedua-dua pihak bersetujua untuk membuka ruang baharu bagi memperdalam kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga, pendidikan, pertahanan serta teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).
“Saya turut menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan Amerika Syarikat dalam memperkukuh hubungan dua hala ke tahap Comprehensive Strategic Partnership, serta dalam menjayakan pelbagai inisiatif serantau termasuk usaha memperkukuh keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara,” katanya lagi.
Dalam pertemuan itu, Anwar berkata, beliau dan Trump turut menandatangani Framework Agreement on Reciprocal Trade (ART) dan Memorandum of Understanding on Critical Minerals, sebagai langkah strategik memperkukuh keterjaminan rantaian bekalan serta manfaat bersama antara kedua-dua negara.
“Saya mendoakan agar hubungan baik antara Malaysia dan Amerika Syarikat terus diperkukuh demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
“Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Trump atas kesudian berkunjung ke Malaysia dan atas komitmen beliau dalam mempererat persahabatan antara kedua-dua negara,” katanya lagi.
Ringkasan AI
- Malaysia kekal komited terhadap Pelan Damai Gaza termasuk memastikan laluan bantuan kemanusiaan tidak dihalang dan pembinaan semula wilayah dapat dilaksanakan segera demi keadilan rakyat Palestin.
- Dalam pertemuan dua hala sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Donald Trump turut menyaksikan pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja serta Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13.
- Malaysia dan AS bersetuju memperkukuh hubungan dua hala ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif, termasuk kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, tenaga, pendidikan, pertahanan, teknologi digital dan AI, serta menandatangani perjanjian perdagangan timbal balas dan MoU mengenai mineral kritikal.