MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Malaysia komited perkukuh hubungan dua hala dengan Rusia - PM Anwar
Anwar berjabat tangan dengan delegasi Rusia serta Overchuk di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Isnin. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Rusia merangkumi pelbagai bidang termasuk penyelidikan, pendidikan, sains, perdagangan dan pelaburan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan terus mempertingkatkan kerjasama dalam semua bidang seperti penyelidikan, pendidikan, sains, perdagangan dan pelaburan.
“Hubungan kami dengan Rusia kekal baik, dan saya telah mengadakan pertemuan yang baik dengan Presiden Vladimir Putin di Kremlin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di ibu negara pada Isnin.
Mengulas mengenai perjanjian perdagangan yang dimeterai antara Malaysia dan Amerika Syarikat, Anwar menjelaskan bahawa Malaysia mengamalkan pendekatan seimbang dalam hubungan ekonomi antarabangsa.
“Perjanjian perdagangan yang ditandatangani, kami memberi keutamaan kepada Rusia dan China. Kami berpegang kepada prinsip pemusatan (centrality) yang penting adalah perdagangan dan pelaburan,” katanya.
Dalam masa sama, Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexey Overchuk berkata kerjasama sektor tenaga dan pembangunan rantaian bekalan logistik merupakan antara perkara yang dibincangkan antara kedua-dua negara.
Overchuk menyatakan perkara tersebut kepada pemberita susulan pertemuan antara beliau dan Anwar.
“Kami turut berbincang kerjasama dalam sektor tenaga serta memperkenalkan inisiatif kami dalam pembangunan rantaian bekalan logistik antara utara dan selatan Eurasia,” tambahnya.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini