MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Malaysia komited perluas eksport bernilai tinggi ke China - PM Anwar
Perdana Menteri dan rakan sejawatnya dari China, Li-Qiang menyaksikan menandatangani Protokol Naik Taraf Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN–China (ACFTA) 3.0 hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia komited memperluas eksport bernilai tinggi dalam sektor elektrik & elektronik, aeroangkasa, perubatan, tenaga boleh diperbaharui dan minyak & gas di bawah kerangka Pelan Kerjasama Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China.
Ringkasan AI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah dibangkitkan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri China, Li-Qiang sempena mesyuarat hubungan dua hala Malaysia-China yang berlangsung di ibu negara pada Sabtu.
Beliau berkata, pertemuan itu memperkukuh lagi persahabatan erat Malaysia–China yang berteraskan kepercayaan dan saling menghormati, menjadi simbol hubungan dua hala yang semakin kukuh dan berpaksikan kestabilan serantau.
“Perbincangan kami tertumpu kepada pengukuhan perdagangan dan pelaburan dua hala. Malaysia komited memperluas eksport bernilai tinggi dalam sektor E&E, aeroangkasa, perubatan, tenaga boleh diperbaharui dan minyak & gas di bawah kerangka Pelan Kerjasama BRI.
“Saya turut menekankan kepentingan projek seperti Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim hasil kerjasama Proton dan Geely, selain peluasan ECRL dan kerjasama pelabuhan antara Malaysia dan China yang bakal memperkukuh kedudukan negara sebagai hab logistik dan maritim serantau.
“Malaysia juga mengalu-alukan pelaburan berterusan syarikat-syarikat China dalam bidang digital, semikonduktor dan teknologi hijau, seiring aspirasi kita untuk menjadi hab inovasi utama ASEAN,” katanya lagi.
Terdahulu kedua-dua pemimpin tersebut menyaksikan menandatangani Protokol Naik Taraf Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN–China (ACFTA) 3.0, sebagai langkah memperkukuh integrasi ekonomi serta memacu pertumbuhan mampan dan inklusif di rantau ini.
Perjanjian itu dimeterai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Perdagangan China, Wang Wentao, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di sini.
Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri berkata, mereka turut menyentuh Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand.
“Premier Li menzahirkan sokongan China terhadap usaha damai yang dimeterai sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 ini — satu kejayaan diplomasi ASEAN dalam menegakkan keamanan melalui kepercayaan dan dialog.
“China juga menyatakan komitmen berterusan untuk membantu merungkai krisis di Myanmar, khususnya dalam memastikan gencatan senjata dikekalkan serta membawa semua pihak kembali ke meja rundingan demi keamanan dan kemakmuran rantau ini,” katanya lagi.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- Malaysia komited memperluas eksport bernilai tinggi dalam sektor elektrik & elektronik, aeroangkasa, perubatan, tenaga boleh diperbaharui dan minyak & gas di bawah kerangka Pelan Kerjasama BRI China.
- Projek strategik seperti AHTV, ECRL dan kerjasama pelabuhan dibincangkan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab logistik, maritim dan inovasi utama ASEAN.
- Malaysia dan China menandatangani Protokol Naik Taraf ACFTA 3.0 serta membincangkan usaha damai ASEAN, termasuk sokongan terhadap keamanan di Kemboja, Thailand dan Myanmar.