MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Malaysia serah kepengerusian ASEAN kepada Filipina
Penyerahan tukul kuasa dari Anwar kepada Ferdinand Marcos di acara penutup di KLCC pada Selasa. - foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini menyerahkan kepengerusian ASEAN kepada Filipina, menandakan berakhirnya tempoh setahun negara ini mengetuai blok serantau itu dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”.
Majlis penyerahan itu berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibu negara selepas berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-sidang Berkaitan yang dihadiri semua pemimpin negara anggota serta rakan dialog utama.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan penyerahan kepengerusian kepada Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr dengan menyerahkan objek berbentuk gavel (tukul kuasa) sebagai tanda simbolik kepada rakan sejawatnya itu.
“Semoga berjaya kepada sahabat saya Bongbong (Ferdinand R. Marcos Jr.), Saya yakin bahawa di bawah kepimpinan anda yang hebat, ASEAN akan terus bergerak dengan jelas, tenang, serta bersemangat dan cantik seperti ciri-ciri yang dikenali dalam kalangan rakyat Filipina,” kata Anwar.
Perdana Menteri berkata demikian semasa Majlis Penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-sidang Berkaitan serta Penyerahan Kepengerusian ASEAN kepada Filipina.
Anwar, selaku Pengerusi ASEAN 2025, turut meluahkan rasa teruja melihat negara anggota saling berkongsi maklumat dan berdialog secara berhemah sepanjang sidang kemuncak berlangsung.
“Kita telah menghidupkan semula dialog, membina jambatan baharu, dan membuktikan bahawa misi ASEAN apabila dipandu oleh kesabaran dan kewarasan yang masih berfungsi,” katanya.
Menurut Perdana Menteri, krisis di rantau ini mungkin tidak dapat diselesaikan secara menyeluruh, namun melalui tekad, usaha, dan keteguhan hati para pemimpin, pelbagai isu mampu dilenturkan dan ditangani dari semasa ke semasa.
“Saya menghormati anda semua, para pemimpin, kerana tidak berputus asa. Apa yang penting ialah setiap tindakan berani dan setiap langkah kecil membantu membawa rantau kita semakin hampir kepada harapan dan keadilan,” ujar beliau.
Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk kementerian, agensi, pegawai, sukarelawan dan rakan kerjasama yang telah memastikan kejayaan sidang kemuncak tahun ini.
“Saya merakamkan penghargaan yang mendalam kepada semua pegawai, sukarelawan dan rakan kerjasama yang dengan dedikasi, ketabahan dan profesionalisme telah menjayakan kepengerusian ini.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas kesabaran dan kemurahan hati sepanjang tahun yang mencabar ini.
“Anda menyambut tetamu kita dengan mesra, tabah menghadapi pelbagai cabaran dan mengingatkan rantau ini bahawa keramahan bukan sekadar adat, tetapi sebahagian daripada jati diri kita," kata Anwar.
Sikap dan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia di semua peringkat, sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak, telah menonjolkan imej terbaik negara di mata dunia, ujar beliau.
Majlis berprestij itu juga melibatkan pemuzik dengan busana dan peralatan muzik tradisional daripada negara ASEAN dengan dendangan lagu Rasa Sayang, Getaran Jiwa yang pernah dipopularkan legenda tanah air, Tan Sri P. Ramlee dan lain-lain.
Lagu tema ASEAN ‘The ASEAN Way’ turut dipersembahkan dengan penuh semangat oleh para pelajar Sekolah Antarabangsa Cempaka dengan berbusana tradisional, menambah seri dan simbolik kepada majlis penyerahan bersejarah itu.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini

#Berita Terkini ASEAN25
#penyerahan kepengerusian ASEAN pada Filipina
#Anwar Ibrahim
#Ferdinand R Marcos Jr
#Donald Trump