MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Malaysia teguhkan peranan sebagai peneraju diplomasi serantau di Sidang Kemuncak ASEAN
Ibarat menelusuri air terjun dan terowong, para pemimpin negara yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Berkaitan di KLCC, bakal melihat dan menghayati sejarah dan perkembangan ASEAN sejak penubuhan pada 1967. --fotoBERNAMA
Kuala Lumpur: Tumpuan dunia hari ini beralih ke Kuala Lumpur apabila Malaysia secara rasmi membuka tirai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan sekali gus menandakan kemuncak kepada setahun kepimpinan negara sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Ringkasan AI
Seawal pagi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima ketibaan Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN serta Timor-Leste di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) disusuli ketibaan tetamu Pengerusi yang terdiri daripada Brazil, Afrika Selatan, Kanada dan Kesatuan Eropah.
Majlis kemudian diteruskan dengan Pembukaan Rasmi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dengan ucapan dari PM Anwar menyampaikan ucapan dasar yang menggariskan aspirasi Malaysia untuk memperkukuh kesatuan ASEAN yang lebih inklusif, mampan serta berpaksikan rakyat.
Dalam pada itu, sidang pembukaan pagi ini turut mencatat sejarah tersendiri apabila pemimpin-pemimpin ASEAN menandatangani Deklarasi Penyertaan Timor-Leste ke ASEAN, sekali gus mengiktiraf negara itu sebagai Anggota ASEAN ke-11.
Penyertaan rasmi Timor-Leste itu juga melengkapkan Komuniti ASEAN sebagai sebuah keluarga serantau yang bersatu dan membawa dimensi baharu kepada tiga tonggak utama iaitu Politik-Keselamatan, Ekonomi dan Sosiobudaya.
Selain itu, penyertaan in turut mencerminkan kejayaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam memperkukuh solidariti serantau serta memastikan tiada negara yang tertinggal dalam pembangunan Asia Tenggara.
Dalam masa sama, Perdana Menteri turut menyambut ketibaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang tiba bagi lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan Presiden pada Januari lalu.
Lawatan tersebut dijangka membuka ruang penting bagi ASEAN untuk menyampaikan pendirian bersama terhadap isu-isu serantau dan global, termasuk keamanan, perdagangan, tenaga, serta situasi di Asia-Pasifik dan Gaza.
Disamping itu, sepanjang hari ini, PM Anwar akan mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang diadakan dalam dua sesi utama, iaitu Sesi Pleno dan Sesi Pemukiman.
Menerusi Sesi Pleno, pemimpin-pemimpin ASEAN akan menilai kemajuan pembinaan Komuniti ASEAN serta membincangkan langkah memperkukuh integrasi serantau, pertumbuhan ekonomi serta keterhubungan.
Sementara itu, Sesi Pemukiman akan menumpukan kepada pelaksanaan Konsensus Lima Perkara berhubung situasi di Myanmar serta pertukaran pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Selain mempengerusikan sidang utama ASEAN, Perdana Menteri turut dijadual menghadiri beberapa pertemuan dua hala termasuk bersama Kesatuan Eropah, Jepun, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jadual padat hari ini, turut memperlihatkan peranan aktif Malaysia dalam memacu agenda diplomasi serantau serta mengukuhkan kedudukan ASEAN sebagai blok yang bersatu, berpengaruh dan dihormati di peringkat global.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- Malaysia buka Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima ketibaan pemimpin ASEAN dan negara jemputan, serta menyampaikan ucapan dasar yang menekankan kesatuan serantau yang inklusif dan mampan.
- Timor-Leste disahkan sebagai anggota ASEAN ke-11 Penandatanganan Deklarasi Penyertaan Timor-Leste mencipta sejarah baharu dan melengkapkan Komuniti ASEAN sebagai satu keluarga serantau yang bersatu.
- PM pengerusikan sidang dan pertemuan dua hala bersama pemimpin dunia Anwar Ibrahim mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 serta mengadakan mesyuarat bersama pemimpin antarabangsa termasuk Kesatuan Eropah, Jepun, Amerika Syarikat dan PBB.