Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
MALAYSIA

Berita Terkini ASEAN25: Menteri Luar ucap takziah pemergian bekas Permaisuri Thailand

Faida Rahim 25/10/2025 | 03:00 MYT
Mohamad turut menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan bekas Permaisuri Thailand, Raja Permaisuri Sirikit pada usia 93 tahun dalam ucapan beliau di Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu. - foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, hari ini menyampaikan ucapan takziah atas pemergian bekas Permaisuri Thailand, Raja Permaisuri Sirikit yang mangkat pada usia 93 tahun.


Ringkasan AI
  • Menteri Luar Mohamad Hasan ucap takziah atas kemangkatan bekas Permaisuri Thailand, Raja Permaisuri Sirikit pada usia 93 tahun.


“Saya merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan dan rakyat Thailand,” katanya dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang berlangsung pada Sabtu.

Raja Permaisuri Sirikit mangkat pada jam 9.21 malam, Jumaat di Hospital Memorial Raja Chulalongkorn, Bangkok.

Raja Permaisuri Sirikit, yang merupakan ibu kepada Raja Thailand sekarang, Raja Vajiralongkorn, dikenang atas sumbangan besar beliau dalam bidang kebajikan sosial dan pemuliharaan dan pemeliharaan warsan budaya Negara Gajah Putih itu.

Sepanjang hayatnya, beliau memainkan peranan penting dalam sejarah moden Thailand dan legasi beliau dalam mempromosikan budaya Thailand serta memperkukuh hubungan serantau terus dihargai oleh masyarakat antarabangsa.

SEMUA BERITA BERHUBUNG PENGANJURAN ASEAN25 DI KUALA LUMPUR DI SINI



Hari lahir baginda turut diisytiharkan sebagai sambutan Hari Ibu di Thailand.

Walaupun tidak lagi muncul di khalayak ramai sejak 2019 akibat masalah kesihatan, nama Sirikit kekal dihormati dan disanjung tinggi dalam kalangan rakyat.

Mayat baginda akan disemadikan di Balai Dusit Thorne, Istana Diraja di Bangkok, lapor AFP.







#Mohamad Hasan #Berita Terkini ASEAN25 #Raja Permaisuri Sirkit mangkat #bonda Raja Vajiralongkorn