MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Mohd Yazid mengadu tidak sedap badan sebelum meninggal dunia
Mohd Yazid meninggalkan seorang isteri dan lima anak dengan anak sulung perempuannya bakal melangsungkan perkahwinan pada 1 Nov ini. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Konduktor Orkestra Tradisional Malaysia Istana Budaya Mohd Yazid Zakaria mengadu tidak sedap badan sebelum meninggal dunia di Hospital Tunku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, kira-kira 11 pagi tadi.
Ahmad Ariff Azhari Mohd Yazid, 23, anak keempat Allahyarham berkata sebelum itu, bapanya telah dibawa ke sebuah klinik di Paroi Jaya untuk mendapatkan rawatan.
"Setelah sampai di klinik, semasa menunggu (untuk rawatan) ayah ingin ke tandas dan mengalami kekejangan otot dan terus tidak sedarkan diri.
"Pihak klinik telah melakukan CPR (bantuan pernafasan) dan kakak saya terus menghubungi ambulans dan ketika tiba di hospital, doktor mengesahkan ayah telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata punca kematian hanya dapat diketahui selepas proses bedah siasat dilakukan dan jenazah akan dikebumikan di Seremban selepas urusan selesai.
Mohd Yazid, 57, meninggalkan seorang isteri dan lima anak dengan anak sulung perempuannya bakal melangsungkan perkahwinan pada 1 Nov ini.
Allahyarham pernah dinobatkan Tokoh Pekerja Negara (Perkhidmatan Awam) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Semasa penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Allahyarham Mohd Yazid bertanggungjawab mengetuai persembahan sewaktu Majlis Makan Malam Gala ASEAN.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini

#Berita Terkini ASEAN25
#Konduktor Orkestra Tradisional Malaysia Istana Budaya
#Mohd Yazid Zakaria meninggal dunia
#Majlis Makan Malam Gala ASEAN