MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Pengembara ke dan dari KLIA T2 dinasihat rancang perjalanan - AirAsia
AirAsia berkata kaunter daftar masuk di KLIA T2 akan ditutup satu jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan. - Gambar hiasan/Bernama
SEPANG: AirAsia menasihatkan semua pengembara yang melakukan perjalanan ke dan dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T2) antara tempoh 26 dan 28 Oktober untuk merancang perjalanan mereka lebih awal.
Ringkasan AI
Syarikat penerbangan tambang rendah itu juga menggalakkan mereka untuk menggunakan perkhidmatan alternatif seperti Express Rail Link (KLIA Ekspres atau KLIA Transit) pada tempoh tersebut.
AirAsia menerusi satu kenyataan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini mengumumkan penutupan jalan secara berperingkat serta lencongan trafik ke dan dari KLIA T2 pada 26 dan 28 Oktober 2025 sempena Sidang Kemuncak ASEAN dan aktiviti berkaitan.
"Para tetamu dinasihatkan untuk merancang waktu perjalanan ke KLIA T2 bagi mengelakkan kemungkinan kelewatan lalu lintas ketara dan sekatan jalan dan tiba sekurang-kurangnya dua jam sebelum bagi penerbangan domestik serta tiga jam sebelum bagi penerbangan antarabangsa.
"Lebuhraya KLIA, Lebuhraya ELITE (KLIA-Putrajaya), Lebuhraya MEX dan Lebuhraya KL-Seremban mungkin mengalami penutupan sementara serta lencongan bagi memberi laluan kepada pergerakan kenderaan rasmi," katanya.
SEMUA ARTIKEL DAN VIDEO BERHUBUNG ASEAN25 DI SINI
AirAsia berkata kaunter daftar masuk di KLIA T2 akan ditutup satu jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.
Para tetamu juga digalakkan untuk melengkapkan daftar masuk secara kendiri melalui aplikasi AirAsia MOVE, yang boleh dilakukan dari 14 hari sehingga satu jam sebelum waktu berlepas, serta menggunakan pas masuk elektronik yang diterima di semua lapangan terbang di Malaysia dan di banyak destinasi lain dalam rangkaian AirAsia.
Para tetamu boleh menyemak status penerbangan di airasia.com/flightstatus, serta mendapatkan maklumat perjalanan terkini dan maklumat penting melalui aplikasi AirAsia MOVE atau di airasia.com.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- AirAsia menasihatkan pengembara ke/dari KLIA Terminal 2 antara 26-28 Oktober supaya merancang perjalanan awal berikutan penutupan jalan dan lencongan trafik sempena Sidang Kemuncak ASEAN.
- Penumpang digalakkan menggunakan KLIA Ekspres atau KLIA Transit dan tiba sekurang-kurangnya dua jam sebelum penerbangan domestik serta tiga jam sebelum penerbangan antarabangsa.
- Daftar masuk boleh dilakukan melalui aplikasi AirAsia MOVE dari 14 hari hingga satu jam sebelum berlepas; kaunter fizikal ditutup satu jam sebelum penerbangan.